FORUM STATUT ROM ATAU FORUM MENGHINA RAJA-RAJA ?

The Issue

Petisyen ini adalah bertujuan untuk membantah segala bentuk penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu sebagaimana yang berlaku semasa "Forum Awam: Malaysia & Statut Rom" yang telah disiarkan di Facebook Page Malaya Voice.

Sebagai rakyat Malaysia , kita amat bersetuju dan menyokong penuh akan usaha kerajaan Pakatan Harapan untuk mengadakan sebuah forum bagi pendedahan awal kepada Rakyat mengenai statut Rom.

Namun begitu, perkara ini amat menyedihkan apabila hujah yang disampaikan oleh salah seorang panel yang bersifat menghasut rakyat supaya membenci Raja-Raja Melayu yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam perlembagaan negara, di samping tidak disangkal mahupun ditentang langsung oleh panel-panel yang lain terutamanya Peguam Negara, Tommy Thomas seolah-olah bersetuju dan menyokong penghinaan tersebut kepada Raja-Raja Melayu.

Kewibawaan para panel juga amat diragui kerana penggunaan kata-kata yang tidak sopan ke atas Raja-Raja Melayu.

Kami sebagai anak Malaysia menyeru rakyat untuk menurunkan sokongan melalui petisyen ini bagi menuntut supaya ahli panel yang menghina Raja-raja Melayu dalam Forum Awam: Malaysia & Statut Rom supaya :

1. Membuat permohonan maaf secara terbuka atas segala penghinaan ke atas Raja-raja Melayu dan,
2. Mendesak agar pihak Kerajaan mengenakan tindakan undang-undang yang tegas kepada para panel selaras dibawah akta Hasutan 1948.

===================================

BERIKUT ADALAH BAIT BAIT PERKATAAN YANG BIADAP DAN KURANG AJAR TELAH DIKELUARKAN OLEH DR SYED HUSSIN ALI, BEKAS TIMBALAN PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT.

Penghinaan terhadap orang melayu yang selama ini memegang teguh Rukun Negara yang kedua.

Minit 2:25

Dari segi mentaliti feudal, kita dapati bukan sahaja ada konsep seperti taat setia, jangan derhaka tetapi kita merujuk kepada diri kita dengan cara yang agak menghina. Kita anggap diri kita sebagai patik, kalau kita bercakap kita kan patik, banyak orang tidak mengetahui bahawa patik itu antara maknanya ialah ‘Anjing’ artinnya aku anjing bercakap pada Engkau (Raja).

Minit 3:13

Dan kita mengatakan menjunjung duli, apa dia menjunjung duli itu? Duli ialah tapak kaki yang berdebu. Bila kita mencium duli, kita merendahkan diri kita meletak tapak kaki dekat atas kepala kita, itu tertanam dalam mentaliti kita, membuatkan kita sentiasa tunduk kepada kuasa raja.

Penghinaan ke atas Institusi Raja-Raja Melayu

Minit 5:53

Dalam dunia ini, tak sampai saya rasa ada 30 Raja, sepertiga daripadanya adalah di Malaysia, diantara semua negara yang mempunyai raja, mereka accede dan ratify cuma di Malaysia ini Raja-Raja takut untuk ratify.

Minit 6:51

Kedudukan mereka, mereka rasa terancam kerana banyak sangat Raja di sini, banyak sangat belanja yang ditanggung oleh rakyat, maka ada golongan rakyat yang sudah mula merasakan tak perlu lagi raja.

Minit 7:16

Ada pula yang merasakan mengapa sembilan Raja, kalau hendakkan simbol, mengapa sembilan mengapa tidak satu sahaja.

Minit 9:25

Satu lagi ialah Raja itu sekarang ini terutama sekali makin meluas menentang dan menceroboh perlembagaan.

Minit 10:37

Dari segi ekonomi pula akan tambah parah dan ini kita lihat berlaku di kalangan rakyat di mana Raja dianggap sebagai antara ‘Perompak’ kekayaan negara

Penghinaan terhadap Golongan golongan akademik

Minit 11:32

Kedudukan raja sekarang ini dicabar ada pihak mengganggap sebenarnya orang seperti Mahathir dan Kerajaan yang memimpinnya dengan accede Statut Rom sebenarnya menggugat kedudukan Raja dan pandangan ini diperkuatkan lagi oleh Profesor ‘Kangkung’ dan sebagainya.

===================================

Nilaikan.

"RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA"

avatar of the starter
MALAYA VOICEPetition Starter
This petition had 95 supporters

Petition Updates

Share this petition

Petition created on 28 April 2019