Keadilan buat kematian Syed Muhammad Daniel Syed Syakir

0 have signed. Let’s get to 150,000!


Kuala Lumpur, 11 Ogos: Seorang lelaki maut didakwa selepas berlaku pergelutan ekoran perselisihan faham setelah berlaku kemalangan di Kilometer 239 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, berhampiran susur Bandar Baru Bangi petang semalam.

Melalui video yang tular di media sosial, mangsa yang kelihatan tidak bermaya kelihatan berada di bahagian pembahagi jalan bersama-sama dengan seorang lagi lelaki. Turut kelihatan dalam video yang sama adalah kenderaan yang remuk dibahagian hadapan.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata polis telah menahan sepasang suami isteri, masing-masing berumur dalam lingkungan awal 40-an dan lewat 30-an bagi membantu siasatan.

“Kemalangan berlaku lebih kurang pukul 1.40 tengah hari, dan berlaku perselisihan faham yang membawa kepada pergelutan antara dia dengan suspek lelaki berumur awal 40-an.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di rusuk dan bahagian kepala dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

“Lelaki yang berusia 29 tahun itu dikejarkan ke salah sebuah hospital di Nilai dan disahkan meninggal dunia,”katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi pegawai penyiasat kes itu dengan menelefon 016-406 4202, atau hubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan



Kuala Lumpur, 11 Ogos- “Paksu janji, paksu akan jaga awak dengan baik Sharifah Dian Malika binti Syed Muhammad Danial, paksu akan sentiasa ada untuk awak macam mana baba ada untuk awak,” demikian luahan adik ipar mangsa yang maut dalam pergelutan di Lebuhraya Plus KL-Seremban, Syed Muhammad Danial, 29.

Zafri Amier melalui akaun media sosial miliknya meluahkan rasa kehilangan atas pemergian Danial  yang disifatkan sebagai seorang yang prihatin terhadap keluarga.

“Masih rasa seperti ini semua mimpi buruk. Saya sangat rindukan abang Dan. Abang dalam perjalanan balik bawakan kami piza, tapi tuhan lebih sayangkan abang. Berehatlah dengan tenang, abang. Saya sayang abang,” katanya.

Katanya, arwah sering mengutamakan keluarga dan menjaga orang lain lebih dari diri sendiri.

“Tak pernah rasa sekosong ini dalam hidup,” luahnya.

Mangsa maut didakwa selepas berlaku pergelutan ekoran perselisihan faham setelah kemalangan di Kilometer 239 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, berhampiran susur Bandar Baru Bangi petang semalam.

Solat jenazah diadakan selepas Zohor di Masjid At-Taqwa, Bukit Mahkota, Kajang.

Sementara itu, Zafri turut meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang andaian dan menjadikan isu ini sebagai isu perkauman.

“Assalamualaikum, saya adik ipar arwah ingin meminta tolong kepada orang ramai untuk jangan buat sebarang andaian dan jadikan ini sebagai isu perkauman, ia sudah menjadi kes polis dan kami sekeluarga serahkan 100% pada polis, inshaallahkeadilan akan ditegakkan buat arwah, terima kasih.”