Petition updateVAKSIN MANDATORI : KAMI MEMERLUKAN SOKONGAN ANDA !SOKONGAN WAJIB VAKSIN MENCECAH 110,000!
Medical Mythbusters Malaysia M3Malaysia
Feb 27, 2019

Tahniah rakyat Malaysia kerana bersolidariti dalam sokongan mewajibkan vaksin Program Imunisasi Kebangsaan. Terima kasih atas sokongan padu anda.

Adakah 110,000 itu mencukupi? Belum lagi! Kita perlukan lebih banyak sokongan sama ada individu mahupun berkumpulan, termasuklah NGO yang memperjuangkan isu kesihatan, kanak-kanak, wanita, keluarga, masyarakat dan lain-lain. Mari tampil dan bersama kami dalam perjuangan ini.

Petisyen ini bukan sahaja untuk menyokong cadangan YB Menteri Kesihatan dalam membawa usul #wajibvaksin kepada kabinet, tetapi juga menyebarluaskan kesedaran dalam kalangan masyarakat akan kepentingan vaksin dan menghalang penularan dakyah golongan antivaksin.

Kepada kerajaan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, sokongan memberangsangkan daripada rakyat ini menzahirkan harapan rakyat agar usul #wajibvaksin segera dibentangkan dan dilaksanakan di Malaysia.

Ayuh, kongsikan link petisyen ini melalui emel, Whatsapp, Facebook, Twitter, Instagram, dan lain-lain serta nyatakan dengan jelas pendirian kita melalui hashtag,

#WAJIBVAKSIN

Terima kasih kepada Berita Harian kerana telah melaporkan mengenai petisyen ini : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/02/535165/pegawai-pakar-perubatan-lancar-petisyen-wajib-ambil-vaksin

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/02/535615/lebih-100000-tandatangan-petisyen-wajib-vaksin

Dan juga kepada akhbar NST: https://www.nst.com.my/news/nation/2019/02/463965/mandatory-vaccination-petition-gets-over-80000-signatures

Berikut adalah senarai NGO yang telah menzahirkan sokongan terhadap petisyen ini

Public Health MalaysiaDelegation Of NursesThe Dressar & CoPertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)IKRAM HealthIkatan Pengamal Perubatan & Kesihatan Muslim Malaysia (i-Medik)Persatuan Pakar-Pakar Perubatan Keluarga Malaysia (FMSA)Malaysian Male Nurses (MMN) Islamic Medical Association Malaysia (IMAM)

Kepada NGO atau pihak yang berminat untuk turut menyatakan sokongan kepada petisyen ini, boleh menghubungi kami melalui emel di : medical.mythbusters.malaysia@gmail.com

Rakan-rakan media yang berhasrat menghubungi kami, juga turut boleh menggunakan emel di atas, atau melalui FB rasmi kami : https://www.facebook.com/MedicalMythbustersMalaysia

Terima kasih atas sokongan!

 

Copy link
WhatsApp
Facebook
Nextdoor
Email
X