
Terima kasih semua, kita kini telah mengumpul lebih 80,000 sokongan. Namun adakah kita perlu berpuas hati? Tidak.
Ini hanyalah permulaan untuk ke langkah yang lebih serius ke arah merangka usul dan polisi menjadikan vaksin mandatori di Malaysia.
Kita akan meneruskan kempen petisyen ini ke seluruh pelusuk masyarakat, dalam suasana online. Langkah vaksin mandatori ini adalah untuk kepentingan SEMUA, kerana tanggungjawab memastikan anak-anak kita terpelihara dari penyakit berjangkit bukan hanya terletak di bahu mana-mana pihak tertentu.
Ayuh, kongsikan link petisyen ini melalui emel, melalui Whatsapp, melalui Facebook, melalui Twitter, melalui Instagram, dan nyatakan dengan jelas pendirian kita melalui hashtag,
#WAJIBVAKSIN
Terima kasih kepada Berita Harian kerana telah melaporkan mengenai petisyen ini : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/02/535165/pegawai-pakar-perubatan-lancar-petisyen-wajib-ambil-vaksin
Dan juga kepada akhbar NST : https://www.nst.com.my/news/nation/2019/02/463965/mandatory-vaccination-petition-gets-over-80000-signatures
Berikut adalah senarai NGO yang telah menzahirkan sokongan terhadap petisyen ini
- Public Health Malaysia
- Delegation Of Nurses
- The Dressar & Co
- Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)
- IKRAM Health
- Ikatan Pengamal Perubatan & Kesihatan Muslim Malaysia (i-Medik)
- Persatuan Pakar-Pakar Perubatan Keluarga Malaysia (FMSA)
- Malaysian Male Nurses (MMN)
- Islamic Medical Association Malaysia (IMAM)
Kepada NGO atau pihak yang berminat untuk turut menyatakan sokongan kepada petisyen ini, boleh menghubungi kami melalui emel di : medical.mythbusters.malaysia@gmail.com
Rakan-rakan media yang berhasrat menghubungi kami, juga turut boleh menggunakan emel di atas, atau melalui FB rasmi kami : https://www.facebook.com/MedicalMythbustersMalaysia
Terima kasih atas sokongan!