Mansuhkan MySejahtera - Lindungi Data Peribadi Rakyat, Tolak Rundingan Terus!

The Issue

Laporan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) baru-baru ini telah mendedahkan kepincangan berhubung penggunaan aplikasi MySejahtera oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan risiko berkaitan salah guna dan pendedahan data peribadi pengguna MySejahtera serta kemungkinan berlakunya rundingan terus dan penawaran khidmat yang tidak melalui prosedur sepatutnya.

MySejahtera adalah aplikasi yang digunakan oleh KKM untuk mengesan kontak dan mengawal penularan wabak Covid-19. Ia asalnya dibangunkan oleh pihak KPISoft Malaysia Sdn Bhd secara Corporate Social Responsibility (CSR) dan diizinkan penggunaannya oleh pihak KKM tanpa sebarang bayaran selama 1 tahun (27 Mac 2020 hingga 31 Mac 2021).

Walaubagaimanapun, laporan PAC mendedahkan bahawa hak milik aplikasi MySejahtera telah 'dijual' kepada pihak ketiga iaitu MySJ Sdn Bhd, yang merupakan entiti yang berbeza dengan KPISoft Sdn Bhd. Pihak KKM dilaporkan kini sedang mempertimbangkan untuk membeli aplikasi MySejahtera secara rundingan terus dengan syarikat baharu (MySJ Sdn Bhd).

Susulan pertukaran hak milik dan keputusan KKM untuk membeli secara rundingan terus, timbul persoalan berikut:

  • Bagaimana sebuah aplikasi yang dibangunkan secara CSR dan percuma untuk 1 tahun telah dijual kepada syarikat swasta lain selepas tamat tempoh 1 tahun?
  • Berapakah nilai jualan sekiranya benar KPISoft telah menjual aplikasi tersebut kepada MySJ?
  • Bagaimana dengan nasib data peribadi pengguna aplikasi yang kini terdedah kepada risiko dijual kepada pihak luar berikutan pertukaran hak milik tersebut?
  • Kenapa pihak KKM tidak membeli terus dari KPISoft selaku pembangun sebenar aplikasi MySejahtera?
  • Bagaimana MySJ boleh ditubuhkan secara tiba-tiba dan boleh membeli aplikasi tersebut untuk dijual kembali kepada pihak KKM?
  • Adakah wujud unsur salahguna kuasa dan rasuah dalam urusan perolehan ini?
  • Adakah data peribadi pengguna aplikasi MySejahtera telah dijual kepada pihak lain?

Susulan pendedahan laporan PAC tersebut, adalah jelas integriti dan keselamatan aplikasi MySejahtera telah tergugat. MySejahtera juga berkemungkinan besar dijadikan tunggangan pihak tertentu untuk membuat keuntungan atas angin dan ianya melibatkan pihak kerajaan melalui KKM yang bersubahat untuk membantu kroni tertentu.

Petisyen ini dengan jelas menuntut penggunaan MySejahtera dimansuhkan sepenuhnya bagi melindungi kepentingan awam seperti data peribadi rakyat selain mengelakkan adanya pihak tertentu yang mengambil kesempatan mendapatkan keuntungan dari aplikasi tersebut.

avatar of the starter
Muhammad NajibPetition StarterPengerusi Pertubuhan Solidaritas | Ketua Editor solidaritas.my | Lucius Maximus

15,569

Support now

15,569

The Decision Makers

YB Khairy Jamaluddin
YB Khairy Jamaluddin
Menteri Kesihatan
YBhg Datuk Megat Firdouz
YBhg Datuk Megat Firdouz
Setiausaha Politik
Encik Dimishtra Steven Sittampalam
Encik Dimishtra Steven Sittampalam
Penasihat Khas
Encik Mohamed Azmadi
Encik Mohamed Azmadi
Pegawai Tugas-tugas Khas
Petition updates