HENTIKAN ROGOL KANAK KANAK || STOP THE STATE SANCTIONED RAPE OF CHILDREN IN MALAYSIA

0 have signed. Let’s get to 50,000!


HENTIKAN ROGOL KANAK KANAK || STOP THE STATE SANCTIONED RAPE OF CHILDREN IN MALAYSIA 

(**ORIGINAL ENGLISH VERSION BELOW**)

Kepada Kerajaan Persekutuan Malaysia:

Laporan berkenaan kes kanak kanak berumur 11 tahun yang telah berkahwin dengan lelaki berumur 41 tahun telah menimbulkan amarah dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bertarikh 10hb Julai di mana dinyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan di Putrajaya tidak berdaya untuk membatalkan perkahwinan bawah umur tersebut dan mengharamkan nikah di bawah umur kerana perkahwinan adalah di bawah bidang kuasa Shariah Negeri bukan sahaja mendukacitakan, malah membimbangkan (http://m.thesundaily.my/node/563121

Di mana pelindungan kanak kanak di Malaysia dalam hal ini?

Lelaki dalam kes tersebut hanya didenda RM1,800 kerana tidak mendaftarkan perkahwinan di Malaysia. Tiada kehendak politik, mahupun tindakan tegas untuk menghindarkan perkahwinan bawah umur dari berleluasa dan dijadikan alasan untuk membawa kanak kanak perempuan keluar dari belenggu kemiskinan.

Kami, sebagai warga Malaysia yang mengambil berat tentang hala tuju negara, dari berbilang bangsa, agama, and pegangan, mendesak Kerajaan Persekutuan untuk melindungi kanak kanak di Malaysia melalui reformasi perundangan untuk mengharamkan nikah dan perkahwinan bawah umur di Malaysia.

Kami menuntut Kerajaan Persekutuan untuk bertegas dalam hal perkahwinan bawah umur, di mana kanak kanak di bawah umur 18 tahun, sama ada beragama Islam atau tidak, tidak mengira bangsa atau gender, tidak dibenarkan berkahwin.

Mana mana kelemahan dalam undang undang masa kini bukan sekadar membolehkan perkahwinan bawah umur, malah membenarkan kanak kanak dirogol sambil rakyat Malaysia sekadar memandang sebelah mata. Isu sebegini tidak sepatutnya ada dalam kalangan masyarakat bertamadun; dan sepatutnya merupakan jenayah di Malaysia.

Tiada agama yang menjustifikasikan perkahwinan bawah umur, termasuklah agama Islam. Sebaliknya, perkahwinan bawah umur tidak digalakkan malah dilarang atas dasar mencabul hak wanita dan membawa mudarat fizikal kepada kanak kanak perempuan.

Kami mengecam mereka yang menuggang agama dalam menjustifikasikan perkahwinan bawah umur. Agama Islam tidak menggalakkan perkahwinan kanak kanak, malah amalan ini bertentangan dengan prinsip agama Islam yang adil dan saksama.

Walaupun sebahagian undang undang ini di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, sepatutnya ada kerjasama dan kehendak politik bersama oleh kerajaan Persekutuan dan negeri untuk melindungi kanak kanak di Malaysia.

Kami mendesak Kerajaan Persekutuan untuk:

1. Mengambil langkah tegas untuk mengharamkan perkahwinan bawah umur di semua wilayah persekutuan di Malaysia

2. Membentangkan dasar untuk mengharamkan perkahwinan bawah umur, menjadikan perkahwinan kanak kanak satu akta jenayah, dan menyatakan umur layak berkahwin sebagai 18 tahun ke atas di persidangan Parlimen yang akan datang ini. Dasar ini patut dibahaskan dan dijadikan kayu ukur rakyat tentang prinsip kerajaan baru di Malaysia ini.

3. Bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk mengharamkan perkahwinan bawah umur.

Mandat untuk membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu telah diberi oleh rakyat Malaysia. Kini, rakyat menuntut kerajaan Persekutuan untuk tegas dalam prinsip melindungi hak kanak kanak di Malaysia.

#protectourgirls #HaramkanNikahBawahUmur

**ENGLISH VERSION**

To The Malaysian Government:

Recent reports of an 11 year old girl being married to a middle aged Malaysian man have outraged people of all creeds who possess a moral compass.

We read with huge disappointment the press reports that cited our Deputy Prime Minister as saying that Putrajaya is powerless to nullify child marriage as it is valid under Islamic laws. (http://m.thesundaily.my/node/563121

We are also outraged by reports in the media that the man referred to above was fined the paltry sum of RM1800.

We, being concerned individuals of different religions and ethnicities, insist that you do all in your power to consider on an urgent basis the changes to the laws in Malaysia that currently permit the state sanctioned rape of children.

We demand that the government take the unequivocal position that no child below the age of 18 should be permitted to be married, regardless of their faith or gender.

To permit otherwise is not to permit ‘child marriage’; instead, it is to permit the state sanctioned rape of children. This has no place in a civilised society and should be criminalised in Malaysia.

There are those that seek to justify the state sanctioned rape of children by citing religious arguments. However, the reality is that there are no strong religious justifications permitting such a crime. In fact, all mainstream religions, including Islam, have schools of thought that either discourage or prohibit this terrible practice.

We condemn those who continue to justify the heinous practice by hiding behind the cloak of religion. To suggest that Islam encourages such an outrageous practice is wrong and demeaning. It is also contrary to the just and egalitarian spirit of Islam.

We recognise that some of the existing laws which allow such a practice may not solely be within the purview of the Federal Government and that this issue may therefore also need action to be taken by state legislatures.

Nevertheless, we believe it is crucial that a concerted and non-partisan approach be taken at all levels of government (both federal and state) to resolving the present state of affairs which is totally unacceptable.

We now call upon the Federal Government to:

1. lead the way by taking urgent steps to outlaw the abhorrent practice in the Federal Territories that it administers; and

2. table this issue for discussion at the next Parliamentary sitting so that a clear roadmap can be charted out in order to put a stop to these heinous and horrifying acts as soon as possible.

3. work with the respective State governments to ban child marriage.

You have been given a clear and unequivocal mandate by the people of Malaysia. We now demand that you have the courage to do what is necessary in order to protect some of the most vulnerable and voiceless members of Malaysian society.

#protectourgirls #banchildmarriage

[Bahasa Melayu Translation: Dr Lyana Khairuddin]

[Lukisan/Artwork: Yati Kaprawi]



Today: Umran is counting on you

Umran Kadir needs your help with “HENTIKAN ROGOL KANAK KANAK || STOP THE STATE SANCTIONED RAPE OF CHILDREN IN MALAYSIA”. Join Umran and 43,314 supporters today.