Petition updateHENTIKAN PENYERTAAN MALAYSIA KE DALAM UPOV SEKARANG

JEMPUTAN KE FORUM & TAYANGAN FILEM DI IPOH, PERAK

Save Our Seeds MYKuala Lumpur, Malaysia
Jul 21, 2026

Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM) menjemput warga Ipoh dan sekitar Perak untuk hadir ke:

 FORUM MENGANGKAT HAK PETANI DI MALAYSIA: Di Mana dan Ke Mana Halatuju Kita?

Forum ini akan membincangkan isu hak petani, benih, keselamatan makanan, serta masa depan pertanian negara — satu isu penting yang memberi kesan kepada petani, pengguna dan masyarakat umum.

Acara ini juga akan diikuti dengan tayangan filem dokumentari The Last Seed, sebuah filem penting tentang ancaman terhadap benih, petani kecil dan kedaulatan makanan.

📅 Tarikh: Jumaat, 24 Julai 2026

⏰ Masa: 7.30 malam

📍 Lokasi: Sarang Paloh Heritage Stay, Ipoh, Perak

Kepada rakan-rakan di Ipoh dan sekitar Perak, jom hadir dan bersama-sama kita memahami isu yang sangat dekat dengan kehidupan harian kita — makanan, benih dan hak petani.

✅ Sila daftar kehadiran di sini: https://forms.gle/sYVCz8K1fSnmJgTk8

Mohon bantu sebarkan kepada rakan-rakan, komuniti, petani, aktivis, pelajar, wartawan dan sesiapa sahaja yang prihatin terhadap masa depan makanan kita. 🌾

Copy link
WhatsApp
Facebook
Nextdoor
Email
X