Hentikan Amalan Pengurusan Tidak Adil dan Tidak Sah di Country Heights Apartment (Sabah)

The Issue
Sin Chew Daily Sabah News telah datang untuk membantu menyebarkan kesedaran tentang kegagalan berterusan pihak pengurusan Apartment Country Heights.
Kami, penduduk dan pemilik unit di Country Heights Apartment, dengan ini membantah keras tindakan tidak adil dan tidak sah oleh Pejabat Pengurusan.
Untuk sekian lama, penduduk terpaksa menanggung masalah:
Gangguan bekalan air yang kerap.
Jalan berlubang dan rosak yang tidak dibaiki.
Sampah merata rata
Tikus merata tempat
Tanah runtuh
Celing rosak dan berlubang.
Tiada penambahbaikan walaupun yuran penyelenggaraan dikutip setiap bulan.
Tiada ketelusan kewangan berhubung penggunaan yuran penyelenggaraan dan dana kumpulan wang khas.
Sebagai penduduk yang membayar yuran, kami menuntut ketelusan dan akauntabiliti. Yuran penyelenggaraan dikutip setiap bulan, tetapi keadaan asas dan kemudahan masih tidak terjaga. Ini tidak boleh diterima.
Selain masalah di atas, pihak Pengurusan baru-baru ini bertindak di luar bidang kuasa mereka dengan mengenakan clamp pada sebuah kenderaan rosak (Unser LB1722) bukan milik pemilik unit 3G-5-0 walaupun pemilik kereta
berniat untuk mengalihkan kereta tersebut selepas jump-start. Lebih teruk lagi, caj clamp tersebut telah dimasukkan secara tidak sah ke dalam bil penyelenggaraan bulanan unit lain (Unit 3G-5-0 ). Tindakan ini melanggar Akta Pengurusan Strata 2013, kerana yuran penyelenggaraan hanya untuk penyelenggaraan bangunan — bukan untuk denda atau hukuman.
Kejadian ini juga menunjukkan penguatkuasaan pilih kasih, kerana kenderaan lain yang diletakkan dengan cara sama tidak dikenakan clamp.
Kami menuntut supaya pihak Pengurusan:
1. Mendedahkan sepenuhnya penyata kewangan berhubung penggunaan yuran penyelenggaraan dan dana kumpulan wang khas.
2. Segera menyelesaikan masalah penyelenggaraan yang berlarutan seperti bekalan air dan jalan rosak.
3. Menguatkuasakan peraturan secara konsisten dan adil tanpa pilih kasih.
4. Membatalkan caj clamp yang tidak sah dan berhenti memasukkan caj seumpama itu ke dalam bil bulanan penyelenggaraan.
Jika tuntutan ini tidak dipenuhi, petisyen ini akan diserahkan kepada:
Pesuruhjaya Bangunan (COB)
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
Majlis Daerah Penampang
Wakil rakyat (ADUN/MP)

798

The Decision Makers
Petition Updates
Share this petition
Petition created on 1 October 2025