

[Versi Bahasa Malaysia di Bawah]
Hello supporters,
We’d like to address PayNet’s persistent claim that it pays “no dividends” to shareholders from the RM1 interbank ATM MEPS withdrawal fee. Many of you have asked: If they truly don’t profit, why keep forcing the public to pay just to access their own money?
1. PayNet’s “No Dividends” Claim
- Despite saying no shareholder receives dividends, the fact remains that this RM1 fee adds up to hundreds of millions in surplus revenue. If it’s not going to shareholders, where exactly is it going?
- We see no transparent breakdown of how these funds are truly “reinvested” for the public’s benefit.
2. Banks Already Maintain Their Own ATMs
- PayNet also asserts that the RM1 fee is for “network maintenance.” But each bank already maintains and services its own ATM fleet. There’s no justification for an extra RM1 every time you use another bank’s machine—especially not when these banks report billions in profits year after year.
3. Over 50,000 Physical Signatures Collected!
- Thanks to your incredible support during our nationwide signature drives, we now have more than 50,000 signatures on paper petitions.
- People from all walks of life—B40, M40, students, retirees—have shown outrage at being charged RM1 per withdrawal.
4. Just Over 4,200 Verified Online Signatures—We Can Do More
- If you’ve already signed online, thank you! We encourage everyone to keep sharing this petition widely.
- If you can’t sign physically, please make your voice heard here online. It’s the easiest way to participate if you can’t be at our signature drive events.
Please Share the Petition
The best way to help is to spread this petition link to your friends, family, and colleagues. The more signatures we get—both online and offline—the louder our call to action becomes.
Let’s demand real transparency from PayNet and bring an end to the RM1 ATM fee! If they truly don’t pay dividends, then there’s really no excuse to keep burdening Malaysians for withdrawing their hard-earned money.
Thank you for your continued support. Let’s keep the momentum going!
—
#HapusCajRM1 Team
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KEMASKINI: Mitos “Tiada Dividen” & Mengapa Caj RM1 ATM Tidak Masuk Akal
Salam sejahtera buat semua penyokong,
Kami ingin menegaskan isu utama berkenaan dakwaan PayNet kononnya mereka tidak membayar sebarang “dividen” kepada pemegang saham daripada kutipan caj RM1 bagi setiap pengeluaran MEPS ATM antara bank. Ramai yang bertanya, jika benar mereka tidak meraih keuntungan, mengapa orang ramai terpaksa membayar untuk mengeluarkan wang sendiri?
1. Dakwaan “Tiada Dividen” PayNet
- Meskipun PayNet mendakwa tidak ada pemegang saham yang menerima dividen, hakikatnya caj RM1 ini memacu pendapatan mencecah ratusan juta ringgit. Jika ia tidak disalurkan kepada pemegang saham, ke mana pula dana tersebut disalurkan?
- Tiada penjelasan telus tentang bagaimana “pelaburan semula” dana berkenaan benar-benar memanfaatkan orang ramai.
2. Bank Sudah Pun Menyelia ATM Masing-Masing
- PayNet turut mendakwa caj RM1 ini untuk “penyelenggaraan rangkaian,” namun setiap bank sebenarnya menyelenggara dan mengurus mesin ATM mereka sendiri.
- Bagaimana pula timbul justifikasi untuk memungut RM1 setiap kali kita menggunakan ATM bank lain, lebih-lebih lagi apabila bank-bank ini sendiri meraih keuntungan berbilion ringgit setiap tahun?
3. Lebih 50,000 Tandatangan Fizikal Telah Terkumpul!
- Terima kasih atas sokongan anda di pelbagai lokasi seluruh negara. Kini, lebih 50,000 rakyat telah menzahirkan bantahan melalui tandatangan fizikal.
- Pelbagai golongan—termasuk B40, M40, pelajar serta pesara—menyatakan rasa tidak puas hati terhadap caj RM1 setiap kali pengeluaran.
4. Lebih 4,200 Tandatangan Dalam Talian — Kita Masih Boleh Tingkatkan!
- Jika anda telah menandatangani secara dalam talian, kami ucapkan terima kasih! Kami menggalakkan semua pihak untuk terus berkongsi pautan petisyen ini.
- Bagi yang tidak berpeluang menandatangan petisyen fizikal, inilah cara paling mudah untuk menyertai perjuangan ini dengan satu klik sahaja.
Kongsi Petisyen Ini
Cara terbaik untuk membantu ialah menyebarkan pautan petisyen kepada rakan, keluarga dan kenalan. Lebih ramai menandatangani—sama ada secara fizikal atau atas talian—lebih kuat desakan kita kepada pihak berkaitan.
Tuntut Ketelusan Sebenar Daripada PayNet & Hapuskan Caj RM1 ATM!
Andai benar mereka tidak mengaut dividen, tiada alasan lagi untuk terus membebankan rakyat dengan caj ketika mengeluarkan wang gaji sendiri.
Terima kasih atas sokongan berterusan anda. Ayuh kita teruskan momentum ini!
—
#HapusCajRM1 Team