

[Versi Bahasa Malaysia di Bawah]
Dear Supporters,
We are proud to announce another strong backing for our campaign – YB Teresa Kok (MP Seputeh). She has forcefully declared that the RM1 interbank ATM withdrawal fee “does not make sense” because it burdens ordinary Malaysians who are already grappling with rising living costs.
- “How much profit is then accumulated by the banking system in a day from these transactions?”
- “As the welfare of the people is the most important point of focus by the government, there is no reason why the RM1 fee should not be abolished.” – YB Teresa Kok
Her call for abolishing the fee underscores what we, as a union, have long argued: it is an unnecessary financial squeeze on low- and middle-income workers that only boosts the bottom lines of banks and PayNet.
Articles Featuring YB Teresa Kok’s Support
Why It Matters
- Banks Reap Large Profits
PayNet, co-owned by Bank Negara Malaysia and 11 major banks, collects staggering profits from this fee — on the backs of the very people struggling to make ends meet. - People’s Welfare Over Profit
YB Teresa Kok has reaffirmed the principle that public interest must come first. Charging Malaysians to withdraw their own money is fundamentally unjust. - Union Strength in Unity
Each time a new Member of Parliament speaks up in solidarity with our #HapusCajRM1 campaign, it sends a strong signal to the government, BNM, and the banks that union voices and public will cannot be ignored.
What You Can Do
- Sign & Share our petition far and wide.
- Spread the word in your community, workplace, and online.
- Join YB Teresa Kok and other MPs in calling on the Madani government to stand up for the rakyat and demand that banks abolish this exploitative RM1 ATM fee once and for all.
Your solidarity matters. By adding your voice, you help turn our collective demand into real policy change that benefits every Malaysian. Let’s push forward together to #HapusCajRM1!
In Unity & Solidarity,
The #HapusCajRM1 Campaign Team
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KEMAS KINI: YB Teresa Kok (MP Seputeh) Desak Hapuskan Caj RM1 ATM
Para Penyokong yang dihormati,
Kami dengan berbesar hati ingin memaklumkan satu lagi sokongan padu terhadap kempen kita – YB Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh). Beliau dengan tegas menyatakan bahawa caj RM1 untuk pengeluaran antara bank di ATM “tidak masuk akal” kerana menambah beban rakyat Malaysia yang sedang pun bergelut dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.
- “Berapa banyak keuntungan yang dikaut oleh sistem perbankan dalam sehari daripada transaksi ini?”
- “Memandangkan kebajikan rakyat adalah fokus terpenting bagi kerajaan, tiada sebab mengapa caj RM1 ini tidak boleh dimansuhkan.” – YB Teresa Kok
Seruan beliau agar caj ini dihapuskan selari dengan pandangan kita selaku kesatuan sekerja: caj RM1 ini adalah bebanan kewangan yang tidak perlu kepada golongan pekerja berpendapatan rendah dan sederhana, sedangkan bank serta PayNet terus meraih keuntungan besar.
Artikel Mengenai Sokongan YB Teresa Kok
Mengapa Ini Penting
- Keuntungan Bank yang Tinggi
PayNet, yang sebahagiannya dimiliki Bank Negara Malaysia dan 11 bank besar, meraih keuntungan luar biasa daripada caj ini — dengan membebankan rakyat yang sudah pun tertekan dengan kenaikan kos sara hidup. - Kebajikan Rakyat Mengatasi Keuntungan
YB Teresa Kok menegaskan bahawa kebajikan awam mesti diutamakan. Memaksa rakyat membayar caj tambahan hanya untuk mengeluarkan wang sendiri adalah sesuatu yang tidak adil sama sekali. - Perjuangan Kesatuan Lebih Kuat Secara Bersama
Setiap kali seorang lagi Ahli Parlimen bersuara bagi menyokong kempen #HapusCajRM1, ia menghantar isyarat jelas kepada kerajaan, BNM dan pihak bank bahawa suara kesatuan dan rakyat tidak boleh dipandang remeh.
Apa Yang Anda Boleh Lakukan
- Tandatangan & Kongsikan petisyen kita seluas mungkin.
- Sebarkan maklumat ini di komuniti anda, tempat kerja dan media sosial.
- Sertai YB Teresa Kok dan Ahli Parlimen lain dalam mendesak kerajaan Madani untuk mempertahankan kebajikan rakyat dan menghapuskan caj RM1 ATM yang membebankan ini sekali gus.
Sokongan anda amat bermakna. Dengan berganding bahu, kita dapat mengubah tuntutan kita kepada perubahan dasar yang sebenar demi setiap rakyat Malaysia. Mari kita sama-sama maju ke hadapan untuk #HapusCajRM1!
Bersatu Demi Solidariti,
Pasukan Kempen #HapusCajRM1