DESAK PENGELUARAN KHAS KWSP 2​.​0 ATAS FAKTOR KOS SARA HIDUP YANG TINGGI

47,891

The Issue

Pendahuluan

Selepas negara dilanda pandemik COVID-19, kehidupan rakyat negara ini mula berubah. Ramai yang hilang mata pencarian. Ibarat jatuh ditimpa tangga, sudahlah kehilangan pekerjaan, kehidupan keluarga juga turut berubah. Ada yang dihalau keluar dari rumah, perniagaan muflis, kesihatan semakin merosot dan pelbagai isu lagi.

Menyedari situasi ekonomi negara ketika ini amat mencabar dan memberi kesan bukan saja kepada pembangunan negara, malah kesejahteraan hidup rakyat khususnya golongan marhain, bukan sahaja golongan B40 malah kini M40 juga semakin terhimpit. 

Situasi

Pihak kami telah menerima pelbagai luahan rakyat yang amat berharap dengan pengeluaran KWSP ini.

Ada yang terpaksa melacurkan diri, menjual dadah dan pelbagai kisah hidup yang amat meruntun jiwa. Kehidupan rakyat sekarang ini ibarat melukut ditepi gantang di tanahair sendiri.

KWSP adalah wang rakyat dan dikala kehidupan yang semakin menghimpit, wang inilah yang diharapkan dan bukannya pinjaman bank yang akan terus membebankan rakyat.

Pernyataan desakan

Menyedari bahawa pasca COVID-19 menyaksikan ramai rakyat terkesan akibat wabak itu yang bukan saja meragut nyawa, malah kesejahteraan sosio ekonomi rakyat secara keseluruhannya. Bukan saja banyak perniagaan terpaksa gulung tikar, bahkan ramai rakyat kini berada di bawah paras kemiskinan akibat COVID-19.

Menyedari bahawa situasai sukar ekonomi yang lebih mencabar terpaksa dihadapi rakyat Malaysia menjelang 2023, memerlukan perhatian serta pembelaan daripada kerajaan.

Menyedari bahawa rakyat memerlukan satu pelan jangka masa panjang dan jangka pendek daripada kerajaan dalam mendepani situasai sukar dan mencabar ekonomi negara pasca COVID-19.

Menyedari bahawa satu suntikan dana perlu dilakukan kerajaan bagi memboleh rakyat "bernafas" dan mempunyai daya tahan untuk menghadapi situasi sukar ekonomi pada tahun 2023, satu gesaan dibuat agar sekali lagi Pengeluaran Khas KWSP 2.0 secara bersasar dapat dilaksanakan kerajaan yang ada ketika ini.

Kejayaan pelaksanaan program pengeluaran KWSP yang dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini terbukti bukan saja mampu memberi kelegaan kepada rakyat khususnya golongan B40, tetapi juga membina daya tahan rakyat untuk menghadapi situasi sukar ekonomi negara kesan daripada wabak COVID-19.

Pengeluaran KWSP ini bukan saja membantu rakyat berdepan situasi sukar, tetapi juga turut berupaya mengimbangi pertumbuhan ekonomi negara kerana rakyat mempunyai kuasa beli yang sekaligus merancakkan ekonomi negara. 

Penutup

Justeru, besarlah harapan kami RAKYAT MALAYSIA agar suara kami didengari oleh YAB Perdana Menteri.

Janganlah isu kepentingan rakyat dipolitikkkan. Ini bukan desakan daripada ahli politik yang menjadikan isu KWSP sebagai kempen pilihan raya tetapi INI ADALAH DESAKAN RAKYAT dari mula lagi. 

 INILAH SUARA RAKYAT YANG AMAT TERDESAK.

avatar of the starter
ZD MOZIRPetition Starter

Petition Updates