Demi Zara: Mohon Hikmah PMX Hapuskan Budaya Buli, Perjuang Kesihatan Mental Rakyat

The Issue
SURAT TERBUKA KEPADA YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB Perdana Menteri,
Kami, NGO Empati bersama masyarakat Malaysia, melihat tragedi yang menimpa Allahyarhamah Zara Qairina sebagai satu titik hitam yang mendedahkan kegagalan sistemik dalam menangani budaya buli di negara ini. Budaya ini telah membarah, menembusi sekolah, institusi, dan masyarakat, tanpa mengira kelas atau latar belakang.
Lebih membimbangkan, pengurusan naratif rasmi yang lemah telah memberi ruang kepada berita palsu dan spekulasi di media sosial, menambah luka kepada keluarga mangsa dan menghakis keyakinan rakyat terhadap institusi negara. Dalam sebuah negara Madani, kebenaran dan ketelusan adalah tanggungjawab moral, bukan pilihan.
Kami memohon campur tangan langsung YAB Perdana Menteri untuk membetulkan kepincangan dan menjernihkan kesangsian terhadap sistem merentas beberapa kementerian terlibat. Kelewatan atau kegagalan bertindak hanya akan memperkukuh persepsi bahawa nyawa rakyat, terutamanya anak-anak, tidak diberi nilai yang sepatutnya.
Kami menggesa kerajaan Madani untuk:
- Menghapuskan budaya buli secara total melalui pembaharuan dasar dan pelaksanaan yang konsisten di semua peringkat, tanpa pengecualian.
- Mengangkat agenda kesihatan mental rakyat sebagai isu nasional yang mendesak, setara dengan keselamatan fizikal.
- Menyediakan sistem aduan mesra mangsa yang cepat, telus, dan tanpa risiko pembalasan.
Kami percaya YAB Perdana Menteri mempunyai rekod keberanian dan hikmah, seperti yang pernah dibuktikan ketika memimpin Kementerian Pendidikan dahulu. Sejarah itu adalah bukti bahawa tindakan berani mampu mengubah landskap sosial dan keselamatan rakyat.
Demi Zara. Demi masa depan Malaysia.
Salam khidmat,
NGO Empati & Rakyat Malaysia
235

The Decision Makers
Petition updates
Share this petition
Petition created on 13 August 2025