

Harga bitcoin makin naik. Sepatutnya hampir semua ahli Bitkingdom dah jadi jutawan jika platform tersebut tidak ditutup.
Hanya beberapa orang atasan je jadi kaya gila malah yang lain dijadikan scammer di mata masyarakat terutamanya di kalangan kawan-kawan dan saudara-mara yang dibawa masuk menyertai Bitkingdom.
Sampai bila kita nak dicaci? Sampai bila kita nak hidup bersembunyi? Sampai bila kita nak bayar hutang disebabkan kerugian di Bitkingdom?
Di luar Negara, banyak orang di belakang scam seperti ini berjaya diberkas dan didakwa bersalah dan beratusan ribu bitcoin dan harta disita dan ahli-ahli tertipu mendapat pampasan. Apa yang membolehkan mereka selesaikan kes macam ini? Kepakaran teknologi!
Kita perlu desak pihak berkuasa Malaysia menggunakan kepakaran luar negara dalam mendapatkan balik hak kita. Kerjasama ahli Bitkingdom sebanyak mungkin diperlukan dalam mempercepatkan proses ini.
Peranan dan tindakan anda yang diperlukan akan dipapar di sini selepas strategi selesai dibuat.
Sekian.