Petition updateMalaysia Government to take action against Bitkingdom​.​org founder Datuk Mohammad FadinoTipu RM13.9 j: Bos bitcoin, Forex direman 7 hari
Mangsa BitkingdomMalaysia
May 16, 2018
KUALA LUMPUR - Pemilik syarikat berpangkat Datuk direman tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan kes penipuan pelaburan Forex (GWGFX) dan Bitcoin Bitkingdom melibatkan 23 laporan polis dengan kerugian RM13.9 juta. Perintah reman diperolehi daripada Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Hazleez Hasnan. Menurut sumber, suspek direman bermula hari ini sehingga Selasa depan. "Suspek dibawa ke pejabat Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Urus Setia Ketua Polis Negara (Amla) di Menara 238, Jalan Tun Razak untuk siasatan lanjut," katanya. Terdahulu, Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Urus Setia Ketua Polis Negara menahan suspek berusia 35 tahun di Pejabat Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Urus Setia Ketua Polis Negara kira-kira jam 5.30 petang, semalam. Suspek juga pemilik sebuah syarikat produksi dan pernah bekerjasama dalam pembikinan sebuah filem terkenal tempatan. Penahanan suspek ini juga susulan kes penipuan pelaburan selepas berkenalan dengan seorang lelaki dikenali sebagai Datuk Paduka Shakiran pada awal September 2014. Mangsa seorang wanita berusia 47 tahun ditawarkan menyertai skim pelaburan, di mana skim tersebut didakwa mampu memberi keuntungan berlipat ganda kepada mangsanya. Terpedaya dengan tawaran tersebut, mangsa merupakan peniaga memasukkan RM10,500 pada awal Oktober 2014 ke dalam akaun milik syarikat yang diarahkan suspek. Mangsa bagaimanapun menyedari dirinya tertipu selepas tidak memperolehi sebarang bayaran keuntungan seperti yang dijanjikan. Mangsa akhirnya membuat laporan polis di Balai Kajang pada 2 November tahun lalu. PS : Pleaae make a police report as soon as possible, possibly in Balai Polis Kajang. Among all the police stations, we see only Balai Polis Kajang has really put an effort to charge this scammer. Time to recover our money. Let’s do our part. https://www.malaysiakini.com/news/425141 https://www.facebook.com/SinarHarian/posts/10156583180564883 https://www.facebook.com/mkinibm/posts/10151448256959945 Video : https://video.fkul12-1.fna.fbcdn.net/v/t42.9040-2/32539471_1927801107358501_5498094850878210048_n.mp4?_nc_cat=0&efg=eyJ2ZW5jb2RlX3RhZyI6InN2ZV9zZCJ9&oh=c120b46bcba94c511006382b1cad0ee6&oe=5AFC599E
Copy link
WhatsApp
Facebook
Nextdoor
Email
X