Semak semula keputusan untuk melepaskan tanpa membebaskan Riza Aziz dari tuduhan

0 have signed. Let’s get to 15,000!


[ENGLISH VERSION BELOW] Kami, yang menandatangani petisyen ini, menyeru supaya Jabatan Peguam Negara menyemak semula keputusan mereka untuk melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) tuduhan terhadap Riza Aziz.

Objektif utama apabila kes seperti ini dituduh di mahkamah adalah untuk memberi pengajaran kepada orang lain supaya tidak melakukan perkara yang sama.

Mendapatkan kembali dana yang diseleweng bukanlah prioriti utama. Sebahagian daripada hasil penyelewengan wang itu telah disita oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dan hanya merangkumi lebih-kurang 40% dari keseluruhan aset yang diseleweng.

Penyelesaian ini tidak menguntungkan rakyat Malaysia sama sekali.

Ya, peguam negara mempunyai kuasa untuk bersetuju dengan permohonan DNAA Riza tetapi adakah kuasa tersebut digunakan dengan sebaiknya? Peguam negara mesti mempunyai alasan yang kukuh jikalau beliau bersetuju dengan DNAA kes ini.

Kami memanggil supaya satu suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan untuk menyiasat misteri yang membungkam keadilan dalam kes ini memandangkan kes ini boleh diletakkan sebagai penanda aras bagi kes-kes lain yang berprofil tinggi demi kepentingan rakyat.

Apabila kes seperti ini di DNAA tanpa sebab yang kukuh, ianya memberikan isyarat yang salah kepada saspek dalam kes seperti ini bahawa ‘keadilan boleh dibeli’ dan mereka boleh lari daripada hukuman dengan mudah.

Kami ingin menegaskan supaya semua kes kepentingan awam yang berprofil tinggi melibatkan penyelewengan dan pencucian wang haram tidak diberikan keistimewaan dan kes mahkamah terhadap mereka diteruskan.

Kami merayu kepada rakan-rakan dalam dunia perundangan untuk melihat ketidakadilan yang terang-terangan ini dari mata rakyat dan menutup kelompangan dalam sistem keadilan yang memberi ruang untuk saspek melepaskan diri dan supaya kes-kes melibatkan kepentingan awam seperti ini dijalankan secara terbuka di mahkamah demi ketelusan sistem.

Review decision granting Riza Aziz a discharge not amounting to an acquittal

We, the undersigned, call for a review of the decision by the Attorney General’s Chambers granting Riza Aziz a discharge not amounting to an acquittal (DNAA).

The main objective in pressing charges in cases like this is to deter others from indulging in similar activities. The recovery of funds is only secondary. In any case, a chunk of the assets had already been seized by the US Department of Justice, and the amount to be recovered is only about 40% of the assets involved. So this is a bad deal for the people of Malaysia.

Yes, the attorney general has the discretion to grant a DNAA, but has that power been properly exercised? The attorney general must provide compelling reasons for the DNAA in this case.

We call for a Royal Commission of Inquiry to probe the mysterious circumstances of this case, especially as it could set a precedent for other similar high-profile public interest cases. Granting a DNAA without compelling grounds sends a wrong signal to suspects in these cases that "crime pays" and they can get away with a mere slap on the wrist.

We call for a stop to similar decisions in relation to other high-profile public interest cases, so that those who are charged with money laundering and misappropriation of public funds are not rewarded and have to continue with their court cases.

We appeal to the legal fraternity to look at ways to correct this clear injustice in the eyes of the people and plug any loopholes in the system that allow suspects to escape scrutiny and due process in open court, especially in public interest cases.

Read also: Are the floodgates being opened for others to escape?

Subscribe to Aliran's FREE newsletters for updates and commentaries

Donate to Aliran

Please note that the other petitions appearing below are those being promoted by change.org

Note also that the money collected from the request for a contribution to promote this petition goes to change.org and not Aliran