Petition updateLet iKON have their own shade of color that is different from TVXQ and JYJ's pearl redMalaysian Translation
Cassiopeia and Bigeast
Dec 30, 2015
Benarkan iKON miliki warna mereka sendiri yang berbeza dari warna merah mutiara (pearl red) TVXQ dan JYJ
Cassiopeia dan Bigeast
TVXQ & JYJ merupakan salah satu kumpulan Kpop legenda dan selama dua belas tahun, fandom mereka, Cassiopeia (juga dikenali sebagai Cassie) dan Bigeast, telah berdiri bersama mereka.
Cassiopeia telah menunjukkan sokongan mereka terhadap TVXQ & JYJ di dalam pelbagai bentuk: daripada tindakan yang mudah seperti membeli album-album mereka, menghadiri konsert-konsert mereka, sehinggalah kerjasama yang lebih besar seperti bersepakat untuk membuat sumbangan bagi mereka yang lebih memerlukan. Selama ini fandom tersebut telah menggunakan warna merah mutiara untuk mewakili perpaduan mereka di dalam menyokong TVXQ & JYJ. Cassie dan Bigeast telah terus menggunakan warna merah ini kerana ia merupakan sebahagian daripada identiti fandom tersebut.
Sejak kebelakangan ini, kumpulan iKON telah mengeluarkan item-item peminat dengan menggunakan warna yang sama seperti warna merah mutiara TVXQ & JYJ. Ini telah menyebabkan pertengkaran berlaku di antara beberapa peminat-peminat iKON dan peminat-peminat TVXQ & JYJ. Walaupun kami telah cuba untuk tidak berasa terganggu dengan aduan-aduan oleh kedua-dua fandom tersebut, kami tidak boleh mengenepikan fakta bahawa ini telah menganggu keamanan dan ketenteraman di antara fandom-fandom tersebut oleh kerana beberapa stan telah mula menggunakan kata-kata yang kurang sopan dan merbahayakan.
Walaupun kami sepenuhnya memahami bahawa kami tidak memiliki warna merah tersebut, merah mutiara tersebut adalah teramat istimewa kepada kami Cassiopeia dan juga kepada ahli-ahli TVXQ & JYJ. Lautan merah yang telah dibentuk oleh Cassie semasa konsert-konsert TVXQ & JYJ adalah teramat istimewa kerana kami mengetahui bahawa ahli-ahli TVXQ & JYJ mendapat kekuatan daripada cahaya tersebut sebagaimana kami mendapat inspirasi daripada mereka melalui muzik dan persembahan-persembahan mereka. Ia merupakan satu simbol bahawa Cassiopeia masih berdiri bersama mereka.
Kami juga tidak inginkan sebarang kekeliruan sekiranya iKONics dan Cassiopeia menghadiri acara-acara yang sama di masa yang akan datang. Tambahan pula, bukankah ahli-ahli kumpulan tersebut lebih menghargainya sekiranya mereka boleh mengenal pasti peminat-peminat mereka di kalangan orang ramai yang hadir di konsert-konsert tersebut.
Petisyen ini tidak bertujuan untuk menuding jari terhadap pihak mana yang betul dan salah, atau siapa yang memulakan pertengkaran, atau kumpulan mana yang lebih baik. Kami semua mempunyai pilihan masing-masing dan pendapat masing-masing. Ia hanyalah betul untuk semua pihak menghormati pendapat masing-masing. Tujuan utama kami adalah untuk menyampaikan mesej kami kepada YG Entertainment melalui satu cara yang baik dan aman.
Dengan segala hormat kepada ketua yang murah hati YG Family, sila gunakan satu warna lain yang akan menjadi sebahagian daripada identiti iKON sendiri. Kami berharap agar mereka boleh mempunyai warna mereka sendiri, sebagaimana setiap fandom mempunyai warna individu mereka tersendiri.
Harapan dan permintaan kami adalah mudah: tolong benarkan merah mutiara tersebut kekal sebagai warna istimewa TVXQ & JYJ dan Cassiopeia. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca mesej kami ini.
Semoga anda mempunyai hari yang baik~!
[Diterjemahkan kepada Bahasa Melayu oleh @yasmien]
Copy link
WhatsApp
Facebook
Nextdoor
Email
X