Kampanya güncellemesiBantahan Smartphone YES Jaringan PrihatinOur protests have received coverage in the mass media.
A KKuala Lumpur, Malezya
6 Haz 2021

7/6/2021, Isnin.

Salam sejahtera,

Menjadi amalan apabila kita bersatu, maka sukar untuk dirobohkan! Bidalan ini sesuai untuk kita semua yang telah bersama-sama menjayakannya.

Nota bantahan ini telah menuju langkah seterusnya sehingga mencapai sasaran kejayaan. Sehingga hari ini, sejumlah 1250 bantahan diterima dan nota bantahan ini bakal di pamerkan di muka utama change.org untuk liputan yang lebih luas terutama kepada penerima dan pengguna bantuan YES4G yang terkesan.

Hari ini kita mendapat berita baik, apabila wartawan dari akhbar Sinar Harian iaitu Encik Muhammad Yusainy Mohamad Yunus dan Cik Nurhidayah Hairom, manakala akhbar Kosmo! oleh Mohamad Hafizi Mohd Said telah mengeluarkan artikel seperti di lampiran, sekaligus mendapat pujian warga maya khususnya.

Biarpun pihak YTL (YES) menafikan hal tersebut, tetapi kita masih punyai rasa ketidakpuashatian yang perlu diselesaikan di meja rundingan. Maka nota bantahan ini mewakili sebilangan rakyat yang merasakan diri mereka telah dianiaya. Mari kita lihat apa kata mereka YTL (YES) dan Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad:-

“Kita percaya ada usaha daripada pihak tidak bertanggungjawab untuk memburukkan imej YES kerana pakej ditawarkan dapat sambutan. - Sinar Harian

“Kita sedia menerima sebarang aduan melalui pusat khidmat pelanggan. Sebarang isu berbangkit akan diselesaikan sebaiknya,” katanya. - Sinar Harian

“Saya tidak pasti apa punca ada orang pertikai sumbangan percuma oleh Yayasan YTL ini kerana bila susah orang sedekah apa pun kita terima dan kita tidak boleh demand (meminta lebih). “Lebih baik ada daripada tiada, kerana kalau tidak ada sumbangan YTL bermakna ribuan anak-anak golongan B40 di Perak yang tiada peranti tidak ada telefon untuk mereka ikuti PdPR,” - Kosmo!

Disini kami nyatakan, bahawa kami tiada masa mahu memburukkan imej syarikat korporat tersebut dan tiada kaitan atau mewakili mana jua institusi telekomunikasi, kami bergerak atas dasar usaha keadilan pengguna. Apa makna percuma jika kelengkapan yang dibekalkan tidak mengikut peredaran zaman?, apa guna memeriksa kad pengenalan di aplikasi YES jika kami tiada pilihan?

Yang benar,

Anuarku,
Bekas Ahli Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP)

*Harap maklum, nota bantahan ini telah mendapat kebenaran peguam peribadi untuk disiarkan tanpa prejudis.

*Sinar Harian (Lampiran Digital)

YTL nafi wujud paksaan dalam pelan YES

Pengguna dakwa dapat telefon ‘cikai’

*Kosmo! (Lampiran Digital)

Telefon pintar sumbangan YTL tetap berguna

Support us: https://www.change.org/bantahanYes4G

Bağlantıyı kopyala
WhatsApp
Facebook
X
E-posta