Petition update#DaftarAwalTapiMasihBelumVaksin
KETUA MENTERI PULAU PINANG CHOW KON YEOW MENYERU MENTERI KHAIRY UNTUK MEMBERI JANJI TEMU SEGERA

DAPSY Tanjong & Pusat Khidmat ADUN Komtar

Aug 2, 2021
Saya telah banyak kali bangkitkan bahawa tarikh janji temu adalah perlu segera diberikan kepada mereka yang telah mendaftar sejak Februari dan Mac 2021 dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) peringkat Persekutuan, tetapi jawapan tidak dapat diberikan oleh Menteri berkaitan.
Justeru, kita meminta agar mereka yang telah mendaftar sejak Februari khususnya (tetapi masih belum mendapat janji temu) supaya menghantar maklumat kepada Kerajaan Negeri untuk membolehkan kita memberikan bukti ini kepada Menteri berkaitan dan seterusnya menangani isu ini secepat mungkin.
https://www.facebook.com/ChowKonYeow/posts/10159505207479169