Rayuan Penangguhan Semester UiTM

0 have signed. Let’s get to 7,500!


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya seorang pelajar yang sedang menuntut di UiTM. Saya mewakili pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Fakulti Perakaunan, tidak menyokong sistem pembelajaran secara online. Hal ini kerana berkaitan dengan perkara yang berikut:

1. Kemudahan internet kepada para pelajar amatlah terhad walaupun dana penggunaan data disediakan.
2. Selain itu, peperiksaan profesional seperti CIMA dan ACCA juga ditangguhkan untuk kawasan yang sangat terjejas.
3. Pembelajaran subjek di bawah Fakulti Perakaunan memerlukan pembelajaran secara teknikal (tidak semua yang akan faham pembelajaran secara verbal).
4. Kekurangan atau ketiadaan kemudahan teknologi canggih seperti komputer riba ataupun telefon pintar.
5. Jika pembelajaran secara online dilakukan di UiTM Student Portal, sistem akan tidak stabil jika ianya diakses oleh orang ramai (seperti SALAM UiTM)
6. Penggunaan buku dan bahan pelajaran lain adalah terhad (walaupun nota seperti slide akan disediakan oleh pensyarah).
7. Pembelajaran secara online tidak pernah dipraktikkan sebelum ini (tidak sama seperti BL)
8. Akan terdapat pelajar yang terabai jika pembelajaran dilakukan atas talian.

Jadi kami bimbang ini akan sedikit sebanyak boleh menjejaskan keputusan kami pada semester ini. Saya mencadangkan agar UiTM dapat menangguhkan pengajian kami selama satu semester dan membenarkan kami untuk mulakan semester ini semula pada semester hadapan. Itu adalah lebih baik. Bagi saya jika UiTM setuju dan memberikan pertimbangan ini, ianya dapat mendatangkan manfaat bagi kedua-dua belah pihak iaitu kami dapat mengekalkan prestasi keputusan yang cemerlang untuk diri kami dan menjaga prestasi UiTM.  Maaf jika ada salah silap terkasar bahasa dari saya.

Sekian, terima kasih.