Tuntutan Keadilan untuk Zara Qairina Mahathir – Mangsa Buli Sekolah Agama di Sabah

Confirmed victory

This petition made change with 34,953 supporters!

The Issue

Kami, rakyat Malaysia yang prihatin, menyeru agar keadilan segera ditegakkan bagi Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, pelajar Tingkatan 1 di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Sabah yang telah meninggal dunia dipercayai akibat kejadian buli di sekolahnya.

Menurut maklumat yang dikongsikan oleh keluarga, arwah mengalami kecederaan serius termasuk:

Tengkorak pecah
Kepala lembut dan berair bila disentuh
Darah keluar dari kaki, bukan kepala
Tengkuk dipercayai patah
Saraf tunjang mungkin terputus atau rosak
Kes ini bukan sahaja menyayat hati, malah menimbulkan persoalan serius mengenai keselamatan pelajar di institusi pendidikan agama, serta tahap ketelusan dan kebertanggungjawaban pihak sekolah dan berwajib.

Dengan ini kami menuntut agar:

Satu siasatan terbuka dan cepat dijalankan ke atas insiden ini.
Siasatan yang telus, tanpa perlindungan terhadap mana-mana individu atau institusi.
Keluarga mangsa diberikan akses penuh kepada laporan dalaman sekolah, rekod saksi, dan segala maklumat berkaitan kejadian buli yang berlaku.
Pihak yang bersalah dikenakan tindakan undang-undang, tanpa kompromi.
Satu reformasi menyeluruh terhadap SOP keselamatan dan aduan di sekolah-sekolah agama dan berasrama dilaksanakan segera.
Keadilan untuk Zara adalah tanggungjawab kita bersama. Kami menyeru campur tangan segera daripada pihak:

Pejabat Perdana Menteri (PMO)
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Kami percaya bahawa tekanan awam adalah kunci kepada perubahan. Tandatangan petisyen ini sebagai solidariti terhadap keluarga mangsa dan demi melindungi anak-anak kita daripada tragedi yang sama.

#JusticeForZaraQairina
#TegakkanKeadilan
#BanterasBuliSekolah

Supporter Voices

Petition Updates

Share this petition

Petition created on 28 July 2025