STATUT ROM: KEADILAN UNTUK MANGSA MH 17

STATUT ROM: KEADILAN UNTUK MANGSA MH 17

MOVE BY MALAYSIAN UNIVERSITY STUDENTS AND GRADUATES
CALLING FOR MASS SUPPORT, SIGN THE ONLINE PETITION NOW MALAYSIANS!
PH JANGAN U-TURN, ROME STATUTE AKAN BERI KEADILAN KEPADA 298 NYAWA YANG TERKORBAN DALAM JENAYAH MH17
17 Julai 2014, Tarikh gelap yang meragut 298 nyawa, Penerbangan Malaysian Airlines MH 17, ditembak. Sehingga kini, ahli keluarga kesemua penumpang dan krew MH 17 masih tidak mendapat keadilan. MH 17 ditembak menggunakan peluru berpandu Russia dan apabila Malaysia cuba untuk membawa masalah ini ke United Nations , ia telah di-veto dan ditendang keluar oleh kuasa besar di dunia, iaitu negara Rusia itu sendiri!
Jadi siapakah yang dapat memberi keadilan kepada kesemua 298 nyawa yang terkorban dalam jenayah MH 17 yang telah ditembak oleh peluru berpandu Rusia, satu kuasa besar di dunia ?
Jawapannya ialah Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Sudah 5 tahun berlalu, mengapa penjenayah tersebut masih tidak dihadapkan ke mahkamah jenayah antarabangsa?
JAWAPANNYA ADALAH KERANA MALAYSIA BUKAN NEGARA ANGGOTA PERJANJIAN ROME STATUTE!
Statut Rom sebenarnya muncul sebagai respon kepada dua tragedi besar yang jadi pada akhir tahun 1990-an iaitu Penghapusan Etnik Rwanda (1994) dan Jenayah Perang Bosnia (1995). Kerana itu jugalah Perkara 6 sampai 8 Statut Rom memperuntukkan bidang kuasa Mahkamah Jenayah Antarabangsa cuma untuk membicarakan empat jenayah antarabangsa utama, iaitu:
1. Penghapusan etnik (genocide).
2. Jenayah terhadap kemanusiaan.
3. Jenayah perang.
4. Jenayah pencerobohan.
Rakyat Malaysia perlu takut YDPA didakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa?
Jawapannya adalah tidak! Mengapa kami katakan tidak perlu takut ?
1. Malaysia tidak mempunyai sejarah dimana jenayah jenayah kemanusiaan seperti pembunuhan dan kekejaman yang berlaku ke atas etnik Rohingya berlaku di Malaysia. Kenapa perlu takut?
2. Walaupun kekejaman dan pembunuhan seperti itu berlaku di Malaysia, peranan YDP Agong tetap tak akan disentuh kerana Artikel 40, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah seorang Raja Berperlembagaan. Semua tugas-tugasnya di laksanakan atas nasihat perdana menteri/kabinet. Yang di-Pertuan Agong tidak diberi kuasa untuk mengisytihar perang. Kenapa perlu takut?
3. Negara-negara pihak lain yang mempunyai Raja Berperlembagaan turut terima Statut Rom seperti: Belgium, Kemboja, Denmark, Jepun, Jordan, Lesotho, Liechtenstein, Luxembourg, The Netherlands, Norway, Samoa, Sepanyol, Sweden dan United Kingdom. Kenapa perlu takut?
4. Statut Rom hanya akan memainkan peranan jika negara tidak boleh mendakwa kesemua empat jenis jenayah Berat yang telah disebutkan di atas. Kenapa perlu takut?
Tahukah anda bahawa kerajaan Bangladesh telah menfailkan kes di mahkamah jenayah Antarabangsa melalui statut rom ke atas Myanmar kerana kekejaman ke atas etnik rohingya ? Malaysia boleh menggunakan statut Rom untuk menegakkan keadilan untuk semua orang yang teraniaya tidak kira rakyat Malaysia , Myanmar atau Palestine!
Kami mendesak Majlis Raja Raja dan Kerajaan Malaysia untuk memberi laluan supaya Statut Rom dapat diratifikasikan oleh Malaysia. Kami juga mendesak kepada golongan golongan tertentu yang berniat jahat untuk berhenti memanipulasikan sistem keadilan jenayah Antarabangsa .
Kami , 9 orang anak muda meminta dan mendesak rakyat Malaysia untuk bersama kami dalam perjuangan menegakkan keadilan untuk mangsa MH 17 sebelum ramai lagi nyawa dianiaya dan dikorbankan .
Asheeq Ali Bin Sethi Alivi
Ainina Sofia Binti Adnan
Nurhuda Binti Ramli
Suhail Wan Azahar
Ahmad Taqiyuddin Shahriman
Wong Yan Ke.
Chong Kar Yan
Nik Azura Nik Nasron
Siti Nurizzah binti Mohd Tazali