Petition updateTindakan Terhadap Riki Sapari dan Ekstremis Media Sosial yang Menghina Rakyat Malaysia

Menutup Babak Provokasi, Membangun Keakraban

My RakyatKuala Lumpur, Malaysia
Aug 27, 2024

"Syukur Alhamdulillah, saya Aemierulrizaki Rambli dengan senang hati mengumumkan bahawa kesalahfahaman antara saya dan Riki Sapari telah diselesaikan dengan penuh persefahaman. Kami berdua telah mencapai kata sepakat untuk tidak lagi memprovokasi antara satu sama lain dan berkomitmen untuk menjaga hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah menyokong dan memberi dorongan sepanjang proses ini. Semoga persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua negara terus diperkukuhkan."