Petition updateRakyat Malaysia Sokong Generational Endgame (GEG) - Larangan Merokok dan VapingRUU dan GEG terpaksa dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
Malaysian Green Lung Association MalaysiaPenang, Malaysia
Aug 8, 2022

Pada 1 Ogos pagi, kami  menyerahkan Memorandum Sokongan bersama dengan Petisyen ini kepada Menteri Kesihatan untuk menyokong pelaksanaan Generasi Penamat (GEG).

Pada pagi yang sama juga,  Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerima memorandum daripada Selebriti, Ariz Ramli atau lebih dikenali dengan Caprice yang mewakili industri vape mengenai melawan akta pelaksanaan GEGKami berasa terkilan dan susah hati dengan perbuatan Ahli Parlimen Muar yang terutamanya mewakili golongan muda. 

Pada hari yang sama, Menteri Kesihatan membentangkan RUU bagi kali kedua di parlimen pada sebelah petang. Walaupun Menteri Kesihatan sudah berkompromi dengan mengubah dan mengeluarkan fasal tertentu sebelum pembentangan, malangnya terdapat juga bantahan daripada sesetengah Ahli Parlimen semasa pembentangan. Akhirnya, RUU dan GEG telah dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dan keputusan Jawatankuasa akan dibentang semula pada sidang parlimen di Oktober nanti.

Kami berasa bimbang. Kami bimbang terhadap situasi politik yang tidak stabil sekarang terutamanya Pilihan Raya Umum akan berlaku bila-bila masa daripada sekarang yang kemudiannya akan menangguhkan kelulusan RUU dan GEG ke suatu masa yang tidak tertentu. 

Kami bimbang penangguhan ini juga memberi peluang dan masa kepada industri untuk terus bercampur tangan dan mempengaruhi penggubalan akta yang melawan kepentingan dan keuntungan mereka.

Kami harap petisyen ini akan terus disebarkan kepada kawan-kawan dan keluarga anda.  Kami akan sekali lagi mengemukakan suara anda kepada Ahli Parlimen dari semasa ke semasa sebelum Oktober nanti. Suara rakyat mesti diperdengarkan. 

 

Copy link
WhatsApp
Facebook
Nextdoor
Email
X