Petitioning Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia and 1 other

Mudahkan Pengundian, Laksanakan Undi Luar Kawasan

0

0 have signed. Let’s get to 1,500.

[ENG] [CHINESE]  [IBAN]

Petisyen untuk Pengundian Luar Kawasan

Kami menuntut hak pengundian luar kawasan diberikan kepada rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan yang menetap di Semenanjung Malaysia dan rakyat Semenanjung Malaysia yang menetap di Sabah, Sarawak dan Labuan untuk mengundi tanpa perlu pulang ke kawasan pilihan raya mereka.

Lebih daripada 150,000 pengundi Sabah dan Sarawak kini menetap di Semenanjung Malaysia. Adalah sangat sukar untuk pengundi-pengundi ini pulang untuk mengundi dalam setiap pilihan raya kerana mereka perlu menampung kos perjalanan dan mengambil cuti daripada kerja atau belajar.

Peratusan keluar mengundi di Sabah dan Sarawak adalah jauh lebih rendah berbanding dengan tempat lain dalam negara. Dalam Pilihan Raya Umum ke-13, peratusan keluar mengundi hanya 75% di Sabah dan 79% di Sarawak. Peratusan keluar mengundi di seluruh negara adalah 86%.

Tindakan segera diperlukan untuk melindungi hak pengundi-pengundi ini supaya dapat mengundi tanpa membiayai kos yang tinggi dan mengalami kesulitan.

Oleh itu, kami menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya dan Kerajaan Persekutuan untuk mengubah peraturan semasa untuk membenarkan pengundi dari Sabah dan Sarawak yang menetap di Semenanjung Malaysia dan rakyat Semenanjung Malaysia di Sabah dan Sarawak untuk mengundi sebagai 'pengundi tidak hadir'. Ini bermakna pengundi Sabah dan Sarawak boleh mengundi di Semenanjung Malaysia tanpa perlu pulang ke Sabah dan Sarawak dan rakyat Semenanjung Malaysia di Sabah atau Sarawak boleh mengundi di sana.

Tindakan ini sudah lama terlewat. Ia telah disyorkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya pada tahun 2011 dan cadangan ini telah dimasukkan dalam laporan yang diluluskan oleh Parlimen pada tahun 2012.

Proses pengundian secara tidak hadir juga harus dijamin selamat dan telus. Pengundi-pengundi ini boleh mengundi satu hari sebelum hari mengundi biasa di pusat-pusat mengundi khas di setiap negeri. Undian tersebut hendaklah dikira di pusat mengundi pada hari yang sama dan keputusan bagi setiap kawasan pilihan raya hendaklah dihantar ke kawasan masing-masing untuk ditambah pada jumlah pada hari mengundi.

Kami menyeru pembaharuan ini dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.

This petition will be delivered to:
  • Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
  • Kerajaan MALAYSIA

    BERSIH 2.0 started this petition with a single signature, and now has 1,214 supporters. Start a petition today to change something you care about.




    Today: BERSIH 2.0 is counting on you

    BERSIH 2.0 needs your help with “Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia: Mudahkan Undi, Laksanakan Undi Luar Kawasan”. Join BERSIH 2.0 and 1,213 supporters today.