

Sempena Thaipusam 2026, PSM turun ke beberapa kawasan untuk kutip tandatangan untuk Kempen Selamatkan Kesihatan Awam.
Kawasan kami turun termasuk Batu Caves, Ipoh, Sungai Siput, Semenyih dan Kajang.
Semasa turun padang, kita dengar banyak aduan dari kalangan rakyat, terutamanya aduan tentang masa tunggu yang terlampau lama di hospital kerajaan.
Pada masa yang sama, masih ramai orang tidak tahu sistem Rakan KKM yang akan dilaksanakan oleh kerajaan. PSM juga ambil peluang ini beritahu rakyat apa sistem Rakan KKM, dan bagaimana sistem ini telah menwujudkan keadaan dua darjat dalam kesihatan awam kita.
Kesihatan awam kita tengah dalam krisis, dan kita perlu selamatkanya. Kongsikan kempen ini kepada lebih ramai orang, supaya kita sama-sama mempertahankan kesihatan awam kita!
Gambar-gambar PSM kutip tandatangan sempena Thaipusam: