Petition updateSEGERA LULUSKAN RUU DAN GEG. USAH TAKUT HASUTAN INDUSTRI!RUU Kawalan Produk Merokok dan GEG mampu cegah generasi muda terjebak tabiat merokok, vape
Parent & Teacher Action Group Malaysia
28 Feb 2023

Komitmen kerajaan untuk membentangkan semula Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 (KPTM) bersama Dasar Generasi Penamat (GEG), adalah langkah tepat bagi melindungi generasi muda daripada terjebak tabiat merokok, selain mengurangkan kematian akibat penyakit berkait rokok serta vape.

Pakar Perunding Kesihatan Awam, Prof Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, berkata RUU KPTM yang komprehensif itu mampu menangani isu semasa kawalan tembakau dan penggunaan vape atau rokok elektronik yang ketika ini tidak sah bawah undang-undang negara.

"RUU ini amat penting dalam menyediakan peruntukan serta peraturan bagi mengawal penggunaan serta penjualan produk berkenaan, termasuk dari segi keselamatan peranti, pengiklanan dan promosi.

"Saya amat mengalu-alukan persetujuan kerajaan untuk membentangkan RUU ini bersama pelaksanaan GEG, kerana kita memerlukan satu undang-undang yang kompeten serta komprehensif bagi mengawal produk yang kian menjadi kegilaan dan mendapat permintaan tinggi golongan remaja, malah dalam kalangan kanak-kanak," katanya kepada Bernama, di sini.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023, mengumumkan komitmen kerajaan untuk membentangkan RUU KPTM bersama GEG, sebagai antara usaha memperkukuh kawalan tembakau dan melindungi generasi muda daripada terjebak tabiat merokok serta vape.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/02/1069328/ruu-kptm-mampu-cegah-generasi-muda-terjebak-tabiat-merokok-vape

 

Copy link
WhatsApp
Facebook
Nextdoor
Email
X