Petition updateSEGERA LULUSKAN RUU DAN GEG. USAH TAKUT HASUTAN INDUSTRI!TERKINI: Kes COVID semakin naik, Cukai DOSA Vape pula nak diluluskan
Parent & Teacher Action Group Malaysia
Jul 15, 2021

Bencana Bertimpa-timpa : Bantah Cukai Dosa Vape

Negara kita sedang dilanda bencana kesihatan dan keselamatan yang paling meruncing dalam sejarah negara.

Frontliner sedang bertungkus lumus merawat dan berjuang untuk meredakan gelombang pandemik, masyarakat pula sedang parah dihimpit dengan bebanan implikasi fizikal dan mental.

Bagaikan dihunuskan dengan bilah tajam dari belakang, KITA dikejutkan dengan cadangan untuk melaksanakan cukai dosa untuk cecair nikotin vape.

Ya, 13 ribu kes harian, ratusan kematian setiap hari, hampir seribu yang berada di ICU... TIDAK sedikit pun memberi kesedaran mengenai kepentingan kesihatan masyarakat mendahului kepentingan mengaut keuntungan dari sumber cukai dosa vape?

Inilah BENCANA sebenar tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Apabila masa hadapan generasi akan datang digadaikan kerana tunduk sembah kepada tekanan kapitalis gergasi tembakau.
.
Benda buruk biar dikekang,
Nanti menyesal tidak terperi,
Hendak bercakar biar sekarang,
Jangan menyesal dikemudian hari

Usahlah ditambah BENCANA yang telah sedia ada.

https://bit.ly/KitaBantahKiddieVape

Copy link
WhatsApp
Facebook
Nextdoor
Email
X