Actualización sobre la peticiónSEGERA LULUSKAN RUU DAN GEG. USAH TAKUT HASUTAN INDUSTRI!Beza Vape UK, US dan Malaysia.
Parent & Teacher Action Group Malaysia
20 oct 2019

Kenapa di USA ada banyak lapuran kematian dan masalah kesihatan paru-paru oleh pengguna vape, tetapi jarang kita dengar lapuran sebegini di UK?

Jawapannya, di negara UK, penggunaan vape dikawal oleh undang-undang yang ketat dan mereka kata mereka tidak membenarkan kanak-kanak atau remaja mendapat pendedahan kepada vape melalui pengiklanan.

Walaupun ada kawalan, dan di UK mereka mengurangkan kandungan kepekatan nikotin, mereka masih membuat kenyataan, bahawa penggunaan vape masih ada risiko. Mereka kata perokok boleh menggunakan vape hanya untuk berhenti merokok dan ini lebih baik dibuat dibawah penyeliaan perkhidmatan berhenti merokok.

Professor Dr John Newton dari Public Health England membuat kenyataan, Jika anda tidak pernah merokok, jangan hembus vape.

Ada juga undang-undang jika anda hembus vape sambil memandu kereta, anda boleh didenda £2500 sterling pounds. Banyak tempat-tempat awam di UK seperti airport, stesen keretapi, muzeum dan London Underground tidak membenarkan penggunaan vape.

Mungkin sebab langkah-langkah inilah, berlainan dari USA yang melapurkan seramai 20% remaja menggunakan vape, UK melapurkan hanya 1% remaja yang tidak pernah merokok menggunakan vape dan 3% remaja menggunakan vape kurang dari sekali seminggu.

Jadi, kalau tak ban vape untuk keselamatan remaja Malaysia, mesti ada kawalan undang-undang, penguatkuasaan undang-undang dan mengharamkan pengiklanannya. Jika masyarakat kita sendiri tidak boleh berjaya melindungi remaja kita dari kemudaratan, maka kita patut ada undang-undang. Tetapi jika kita ada masalah penguatkuasaan undang-undang, lebih baik kita ban sajalah kaaaannnnnn.....

Sumber:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156644570726659&id=679746658

Apoyá la petición ahora
Firmá esta petición
Copiar enlace
WhatsApp
Facebook
Nextdoor
Email
X