Petition updateSEGERA LULUSKAN RUU DAN GEG. USAH TAKUT HASUTAN INDUSTRI!WAJAH SELEBRITI DIMANIPULASI UNTUK PROMOSI VAPE
Parent & Teacher Action Group Malaysia
21 Sept 2019

Anda kenal wajah wajah yang menghiasi kotak cecair nikotin ini?

Ya, mereka adalah selebriti popular, yang telah menyerahkan WAJAH mereka untuk dipromosikan di kotak dan iklan cecair nikotin.
.
Semakin di tegur, semakin menjadi jadi.

Apabila ibu bapa dan guru guru mengadu, semakin ramai anak anak sekolah mula terjebak dengan vape, TIADA pihak yang mengaku bertanggungjawab.

MEREKA beramai ramai mengangkat papan tanda #Not4kids, kononnya sebagai semboyan untuk membantah penjualan vape kepada golongan bawah umur.

Hakikatnya, tangan kanan mengangkat papan tanda #Not4kids, tangan kiri pula pulun melakukan promosi besar besaran.

Tanpa mereka sedari, yang terjerat dengan promosi besar besaran ini tidak lain dan tidak bukan, ANAK ANAK KITA. Siapa lagi yang begitu mudah dipengaruhi jika bukan remaja?
.
SELEBRITI "DILACUR" UNTUK PROMOSI VAPE

Terkini, semakin ramai selebriti popular Malaysia disogok untuk mempromosikan produk haram mereka. Tidak cukup dengan Instagram review dan promosi di media sosial , wajah selebriti popular “DI LACUR” di kotak kotak cecair nikotin.

Selebriti yang dipilih bukan calang calang ya. Mereka merupakan pengacara dan juri untuk untuk rancangan bakat kanak kanak. Ada selebriti yang galak mempromosikan vape sering dijemput ke sekolah untuk memberi ceramah motivasi.

Jika zaman 90 an dahulu, artis lelaki pernah digam penampilan di media kerana berambut panjang. Mampukah kita melakukan perkara yang sama kepada selebriti yang mempromosikan produk ketagihan sebegini?
.

Apa buktinya selebriti dan perisa vape mempengaruhi anak anak

NAH, sila hadamkan data dari kajian TECMA 2016. Di anggarkan, 300 000 pelajar sekolah merupakan pengguna rokok elektronik. Apabila disoal, mengapa mereka mula menggunakan vape,

✅ 77.3% pelajar mengaku sukakan perisa dan bau vape.
✅ 20.3% mengaku terpengaruh dengan selebriti popular.

Selebriti mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat. Ramai selebriti seperti Maya Karin, Lisa Surihani, SIti Nurhaliza giat melakukan promosi untuk kebaikan masyarakat.

Mengapa ANDA sanggup membiarkan wajah anda terpampang di kotak NIKOTIN,sejenis cecair yang menyebabkan ketagihan?

Ketahuilah begitu ramai pelajar mula terjebak dengan vape. Kajian telah membuktikan, guru guru juga telah mengakui.
.
Dewan Perniagaan Vape Malaysia , MEVTA dan lain lain organisasi tidak cukup mengangkat papan tanda #Not4Kids jika promosi licik seperti ini terus berleluasa.

Copy link
WhatsApp
Facebook
Nextdoor
Email
X