Petition updateSEGERA LULUSKAN RUU DAN GEG. USAH TAKUT HASUTAN INDUSTRI!MENTERI : TAHAP KETAGIHAN ANAK-ANAK MUDA DENGAN E-Cigg & VAPE BERADA PADA TAHAP MEMBIMBANGKAN
Parent & Teacher Action Group Malaysia
Sep 12, 2019

Perbincangan yang produktif bersama pakar-pakar perubatan mengenai isu e-cigg dan vape di Malaysia.

Tahap ketagihan anak-anak muda dengan e-cigg dan vape berada pada tahap membimbangkan. Wujud kajian dan laporan bahawa kanak-kanak di sekolah rendah semuda darjah 2 telah mula ketagih dengan e-cigg.

Kebanyakan vape serta e-cigg dalam pasaran juga mengandungi nikotin, termasuk yang menggunakan label "tanpa nikotin". Sejak amalan vape dan e-cigg menjadi popular, kes asma dalam kalangan kanak-kanak telah meningkat disebabkan ahli keluarga yang menggunakan nikotin dan e-cigg dalam rumah. Ada juga yang mula ketagih dan membawa e-cigg ke sekolah.

Selain itu, fakta dan data menunjukkan bahawa e-cigg dan vape telah gagal menurunkan kadar merokok di Malaysia. Sebaliknya, lebih ramai anak muda yang ketagih.

Saya memandang serius isu ini dan akan membawa isu ini kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya.
 
Sumber FB : Saifuddin Nasution Ismail

Copy link
WhatsApp
Facebook
Nextdoor
Email
X