Petition updateSafer Grab: Proactive action to ensure Grab drivers' safety and well-being.Pemandu Grab nekad lompat keluar kereta
Synth FattMalaysia
Jul 3, 2018
From PressReader.com: Pemandu Grab nekad lompat keluar kereta Harian Metro3 Jul 2018 Kajang: Seorang pemandu Grab bertindak nekad melompat keluar dari kereta sedang bergerak dalam usaha menyelamatkan diri semasa ditawan tiga perompak. Dalam kejadian jam 11 malam Isnin lalu, mangsa, Brian Lim, 26, mendakwa disamun penjenayah yang menyamar sebagai penumpang yang mula menaiki kenderaannya dari arah Sungai Long menuju ke Cheras Selatan. Menurutnya, ‘penumpang’ terbabit kemudian memintanya berhenti di Taming Jaya dengan alasan mahu menjemput seorang lagi rakan mereka. “Saya tidak mengesyaki akan dirompak berikutan kami bermula mesra pelbagai topik termasuk rutin harian sebagai seorang pemandu Grab. “Sebaik tiba di satu lorong di Taming Jaya, salah seorang daripada mereka mengeluarkan pisau manakala seorang lagi menahan saya,” katanya. Menurutnya, suspek kemudian meminta dia berpindah ke tempat duduk penumpang di belakang kereta sebelum seorang daripada mereka memandu kereta Honda City milik mangsa. Brian berkata, penjenayah memintanya mendedahkan nombor pin kad pengeluaran wang automatik (ATM) selain merampas telefon bimbit. “Sepanjang tempoh itu, kereta saya dipandu di kawasan saya. Penjenayah turut dilihat menghubungi beberapa individu dan berbincang mengenai urusan untuk menjual kereta saya. “Mereka kemudian menurunkan salah seorang suspek di sebuah bank untuk mengeluarkan wang menggunakan kad ATM saya,” katanya. Menurutnya, dia kemudian mengambil kesempatan menolak pintu kereta dan meloncat keluar ketika keretanya dipandu perlahan. Dia terus berlari ke stesen minyak berhampiran sebelum menghubungi abangnya untuk mendapatkan bantuan dan membuat laporan di Balai Polis Taming Jaya, di sini.
Copy link
WhatsApp
Facebook
Nextdoor
Email
X