Petition updateCannabis Research, Education and Medication in MalaysiaHijau untuk Milo tapi bukan Ganja
Malaysia Awareness Society (MASA)
Feb 25, 2018
Salam Perpaduan Satu Malaysia �❤ Vishen Lakhiani dari Mindvalley telah menjelaskan di video beliau mengenai tindakan kakitangan kerajaan Malaysia yang membenarkan kilang-kilang seperti Nestle untuk menjual produk-produk yang megandungi gula dengan jumlah tinggi dan memudaratkan. Kejadian ini bukan hanya berlaku di Malaysia, namun di dunia internet tanpa batasan, kebenaran sukar untuk disembunyikan dari rakyat. Gula adalah sejenis bahan yang menagihkan dan adalah punca utama penyakit-penyakit di dunia. Tetapi, mengapa informasi ini tidak disebarkan oleh kakitangan kerajaan? Perubatan ganja mempunyai sejarah lampau yang telah dilupakan dan diganti oleh kajian-kajian saintifik yang telah dihasilkan diantara tahun 1937 sehingga 2000. Anehnya, pesakit-pesakit yang menggunakan ganja mengakui bahawa tumbuhan itu adalah ubat kurniaan Tuhan yang selamat hidup mereka (CNN Sanjay Gupta). Tambahan lagi, kajian tempatan dari Universiti Putra Malaysia dari Moklas M. A. M., et al. yang membuktikan bagaimana Delta-9-tetrahydrocannabinol (THC) mampu menghidupkan sel neuron yang mati dan meningkatkan aktiviti neuron tidak mendapat perhatian AADK atau jabatan kerajaan yang sepatutnya. THC dan kandungan CBD lain di dalam tumbuhan ganja mampu merawat pelbagai penyakit termasuk masalah mental dan kanser. Adakah industri pharmaceutical yang lebih masyuk antara sebab kenapa kajian ganja tidak dibenarkan atas manusia di Malaysia? Atau adakah sikap stereotaip kakitangan kerajaan terhadap pengguna ganja yang digelar 'taik' oleh mereka sebabnya? Kebenarannya, lebih banyak masa yang dibuang menuduh dan menghukum orang, lebih ramai pesakit-pesakit yang tidak bersalah dan terdiri dari golongan kanak-kanak dan dewasa yang akan menangung padahnya dengan nyawa mereka. Adakah anda bersetuju bahawa kaji selidik yang transperansi dan teliti patut dikendalikan untuk pesakit-pesakit Malaysia? Bantulah kami dari MASA untuk merealisasikannya demi kesejahteraan rakyat Malaysia. Terima kasih kerana menandatangani petisi ini dan Share kepada kawan-kawan dan keluarga anda di Facebook, Whatsapp, Instagram dan media sosial anda yang lain.
Copy link
WhatsApp
Facebook
Nextdoor
Email
X