REMBAU ALAMI SERANGAN LALAT! CIKGU TINA LANCARKAN PETISYEN

REMBAU ALAMI SERANGAN LALAT! CIKGU TINA LANCARKAN PETISYEN
Why this petition matters

Tidak ada suatu isu yang remeh untuk Cikgu Tina. Sejak minggu lalu , beliau menerima banyak aduan dari penduduk tempatan terutamanya Kawasan Pedas, Chembong dan Pekan Rembau mengenai isu serangan lalat yang teruk. Ianya dipercayai berpunca dari beberapa reban ayam berdekatan. Beberapa syarikat besar mempunyai reban ayam dikawasan ini sebesar 30 reban ayam dengan lebih10 ribu ekor .
Dipercayai reban ayam berada dalam jarak kurang 2km radius dari Pekan Pedas . Juga dipercayai wujudnya kilang memproses baja tahi ayam yang besar dibuat secara terbuka dalam radius sama.
Peniaga kedai makanan kawasan ini memberitahu, sejak tahun ini kerja pembersihan reban dilakukan sekali setiap bulan dan pada jangkamasa itulah serangan lalat berleluasa. Hampir kesemua kedai makanan merungut bahawa bisnes mereka terjejas kerana serangan lalat ini. Ada juga yang terpaksa tutup kedai kerana tidak tahan lagi. Kejadian ini juga menyebabkan kekurangan pengunjung ke pekan-pekan ini untuk menjamu selera.
Ckgu Tina memandang serius isu ini dan melancarkan suatu petisyen tandatangan. Beliau akan berusaha untuk mengumpul tandatangan dari para peniaga kedai terutamanya kedai makanan dan para penduduk setempat. Petisyen ini akan ditujukan kepada Pejabat Kesihatan Daerah untuk mengambil tindakan sewajarnya. Pihak berkuasa perlu mengenalpasti punca serangan lalat ini dan perlu menasihati pihak pengusaha reban untuk mengikuti syarat-syarat pembersihan dan pembentungan, agar ianya tidak menyusahkan orang ramai.
Petisyen ini akan disampaikan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Rembau, Majlis Daerah Rembau dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan pada minggu depan untuk mengatasi masalah ini dengan segera.
PSM Rembau akan menghantar petisyen fizikal dan juga petisyen online ini ke Pejabat Daerah Rembau dan juga Jabatan Kesihatan Rembau pada hari Selasa