Bela Raja-Raja Melayu dari sebarang hinaan

The Issue

Assalaamu'alaikum wbr dan Salam Sejahtera

Baru-baru ini tular kisah seorang peniaga dimarahi dan diugut oleh 2 orang lelaki yang tidak berpuas hati dengan kenyataan tidak beradab di laman FB peniaga berkenaan yang jelas menghina KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Pada saya, niat (dan semangat) lelaki-lelaki yang menegur peniaga berkenaan adalah baik sekali kerana mereka ingin membela maruah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong tetapi mungkin cara mereka menggunakan kata-kata ugutan dan menakut-nakutkan itu yang bersalahan dari segi undang-undang.

Saya menyokong tindakan lelaki-lelaki berkenaan berdasarkan niat dan semangat mereka justeru KDYMM Seri Paduka Baginda yang Di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja-Raja Melayu tidak patut dihina sedemikian rupa.

Tetapi saya tidak menyokong kaedah berbaur ugutan dan menakut-nakutkan kerana ada banyak cara boleh dilakukan mengikut lunas undang-undang jika berulang peristiwa yang sama.

Sememangnya, saya sedar, pembelaan terhadap Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu pada zaman ini adalah satu perkara yang sulit untuk dilakukan oleh rakyat marhaen kerana serangan demi serangan peribadi ke atas mereka amat berleluasa malah seolah-olah cuba mencabar kita rakyat yang beradab ini.

Tetapi itu tidak bermakna pihak polis atau tentera mahupun mereka di kancah perisikan dan orangramai yang sayangkan Raja akan hanya berdiam diri apabila kata-kata kesat diluahkan terhadap Duli-Duli Yang Mulia Raja-Raja Melayu tidak kira mana-mana parti siasah, apa juga bangsa, agama, latarbelakang dan keturunan sekalipun.

Setidak-tidaknya, kita lebih faham akan pentingnya Rukun Negara dan peruntukan Perlembagaan mengenai kesetiaan terhadap Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.

Mungkin ramai yang beranggapan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu seolah-olah tidak memberi sebarang respon mengenai apa yang kita luahkan. Percayalah, sebagai seorang yang memahami protokol, mereka sebenarnya sentiasa memantau tindakan, luahan dan isi hati rakyat mereka dan selalu akan diambil tindakan menerusi YAB PM/Jemaah Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar, pegawai-pegawai, pihak berkuasa, wakil-wakil rakyat dsb.

Raja dan Rakyat Berpisah Tiada.

avatar of the starter
Nik Zafri AMPetition Starterwww dot nikzafri dot wixsite dot com / nikzafri
This petition had 9 supporters

Petition Closed

This petition had 9 supporters

Share this petition

The Decision Makers

Polis Di raja Malaysia
Polis Di raja Malaysia
Rakyat Malaysia di dalam dan di luar negara

raja-raja melayu
raja-raja melayu
Petition updates

Share this petition

Petition created on 3 February 2019