

Press statement by Penang Tolak Tambak, SUARAM and [other CSOs], and memorandum to be handed over to SUHAKAM on Thursday, 16 January 2019
Reclamation is a Travesty of Environmental Justice and Human Rights for vulnerable coastal communities
BACKGROUND
Environmental justice is about promoting the “fair” distribution of environmental benefits and burdens, as well as ensuring that vulnerable low-income communities do not bear the brunt of pollution, environmental degradation, and climate change.
Penang Tolak Tambak is an alliance between the Persatuan Nelayan Pulau Pinang and Penang Forum formed in mid-2019 to stop the destructive large-scale coastal reclamation projects in Penang, particularly the Penang South Reclamation (PSR).
This memorandum focuses on the PSR project. The Penang government’s project to reclaim 3 islands measuring 4,500 acres will produce major negative outcomes for environmental justice and human rights. The creation of three supposedly “smart and green” artificial islands which aims for affluent buyers and investors will be undertaken at the expense of vulnerable groups and the future generation.
This memorandum raises 5 issues of Environmental Justice affecting traditional /inshore/artisanal fishers (nelayan) and fishing communities which should be raised to the Penang State Government as project proponent and approver of the PSR project.
A. The PSR project will inflict “permanent damage” on Penang’s richest fishery and sensitive coastal ecosystem, impacting the livelihoods of 4,909 nelayan and 511 marine aquaculture operations. Sand mining for the PSR will affect an additional 6,000 nelayan and aquaculture operations in northern Perak.
B. Have the Penang government and the Department of Environment failed to observe the “precautionary principle” in climate mitigation and environmental protection?
C. Are the state authorities ignoring, overruling and undermining the traditional nelayan’s rights of tenure and access to the fisheries commons, by planning a project which destroys and pollutes the marine ecosystem?
D. Are the state authorities violating the principle of Free Prior and Informed Consent by deciding to proceed with the project despite the explicit objections of local fisher communities?
E. Although Malaysians enjoy the right to peaceful assembly, did the authorities attempt to obstruct the fisherfolk’s protest and memorandum handover on Hari Solidariti Nelayan, 4 November 2019, by trying to deny the use of public space, imposing restrictive conditions, erecting police barricade and – despite permission given in the police letter – denying entry to the state assembly venue?
MEMORANDUM
The current trend of coastal reclamation projects as a development strategy in Malaysia is creating thousands of “victims of development” among vulnerable low-income coastal communities. Penang South Reclamation is an important test case for the defense of traditional nelayan’s human rights, against the “sea grab” of the fisheries commons by state and business interests. The deliberate erosion of fisheries rights for Penang and Malaysia’s nelayan, and the implications for our national food security and cost of living, poses a direct and monumental threat to the well-being of our country’s B40 population.
Two petitions to stop the Penang South Reclamation have been signed by more than 250,000 supporters (change.org, rainforest rescue). The numbers clearly demonstrate the groundswell of local, national and international support for these fisherfolk and for the protection of our marine ecosystems.
We have appealed to the Prime Minister of Malaysia and the Chief Minister of Penang to observe the “precautionary principle” for environmental protection and to stop/cancel the proposed Penang South Reclamation project.
We call upon SUHAKAM to advise the Penang State Government, developers, government officers, and fisheries authorities, to respect the fishing communities’ rights to Free, Prior and Informed Consent, and to conduct any consultations fairly and transparently with all legitimate representatives on board and observing mutually agreed due process. Any attempts to undermine the Persatuan Nelayan Pulau Pinang’s collective position by any party through, e.g., one-to-one negotiation and offering of incentives, or the exertion of undue pressures through malafide acts such as intimidation, coercion, or abuse of power in removal of normal subsidies or use rights, obstruction of access to fisheries, arbitrary demotion or disqualification of any nelayan, undermining the right to freedom of association, or de-platforming of the Persatuan Nelayan in any manner, should be forewarned and investigated.
We appeal to SUHAKAM to ensure that local fishing communities are not disenfranchised of their rights to the fisheries commons which has been their source of livelihood for generations. To protect the human rights of the nelayan, we call upon SUHAKAM to conduct a full investigation of the plight of the Penang and Perak nelayan threatened by the proposed Penang South Reclamation project.
We also call upon political representatives, government, civil society and the public at large to recognise coastal reclamation as an environmental justice issue affecting tens of thousands of nelayan and their fishing communities, and to support the nelayan’s rights by calling for the national proscription or ban on coastal reclamation proposals for urban development, as advised in the National Physical Plan 2020.
-------------------
Kenyataan media Penang Tolak Tambak, SUARAM dan [NGO-ngo lain], dan memorandum yang akan diserahkan kepada SUHAKAM pada Khamis, 16 Januari 2020.
Penambakan bercanggah dengan Prinsip Keadilan Alam Sekitar dan Hak Asasi Manusia Komuniti Pesisir yang Tertindas
Keadilan alam sekitar adalah selaras dengan pengagihan beban dan manfaat alam sekitar yang “adil”, sekaligus memastikan komuniti yang rentan dan berpendapatan rendah tidak menanggung padah pencemaran, degradasi alam sekitar dan gawat iklim.
Penang Tolak Tambak adalah gandingan Persatuan Nelayan Pulau Pinang dan Penang Forum yang terbentuk pada pertengahan 2019, bertujuan menghentikan projek penambakan pesisir berskala besar yang merosakkan ekologi Pulau Pinang, khususnya Penambakan Selatan Pulau Pinang (PSR).
Fokus memorandum ini ialah PSR, iaitu projek kerajaan Pulau Pinang untuk menambak 3 buah pulau berukuran 4,500 ekar, yang nantinya mendatangkan impak negatif pada keadilan alam sekitar dan hak asasi manusia. Penambakan 3 buah pulau buatan, yang kononnya "pintar dan hijau" itu, menyasarkan golongan pembeli dan pelabur, akan dilaksanakan dengan meminggirkan golongan rentan dan generasi mendatang.
Memorandum ini mengutarakan 5 isu Keadilan Alam Sekitar, yang memberi dampak kepada masyarakat nelayan tradisional/pantai dan komuniti nelayan, yang seharusnya menarik perhatian Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai pelaksana dan penganjur projek PSR.
Projek PSR akan mengakibatkan “kemusnahan kekal” kepada ekosistem pesisir dan kawasan perikanan terkaya Pulau Pinang, dan akan menjejaskan 4,909 orang nelayan dan 511 penternak ikan air payau. Sedangkan perlombongan pasir untuk PSR akan memberi impak negatif kepada 6,000 orang nelayan dan penternak ikan air payau di utara Perak.
Adakah kerajaan Pulau Pinang dan Jabatan Alam Sekitar gagal mematuhi “prinsip kehati-hatian” (precautionary principle) dalam mitigasi iklim dan perlindungan alam sekitar?
Adakah pihak berkuasa negeri mengabaikan, mengesampingkan dan menidakkan hak gunapakai dan akses nelayan tradisional kepada kawasan perikanan samaguna, dengan sebuah projek yang akan memusnahkan dan mencemarkan ekosistem marin?
Adakah pihak berkuasa negeri melanggar prinsip Keizinan Bebas, Terdahulu dan Termaklum (Free Prior and Informed Consent) dengan membuat keputusan untuk meneruskan juga projek itu meskipun terang-terangan mendapat bantahan daripada komuniti nelayan tempatan?
Walaupun rakyat Malaysia mempunyai hak-hak perhimpunan aman, adakah pihak berkuasa cuba menghalang protes dan penyerahan memorandum nelayan pada Hari Solidariti Nelayan, 4 November 2019, dengan menyekat penggunaan ruang awam, mengenakan syarat-syarat yang menghambat, mendirikan barikade polis walaupun kebenaran bertulis telah diberikan dalam surat polis, diadang memasuki Dewan Undangan Negeri?
MEMORANDUM
Trend terkini dalam merealisasikan projek penambakan sebagai strategi pembangunan di Malaysia memangsakan ribuan anggota komuniti pesisir berpendapatan rendah, sebagai “mangsa pembangunan”. PSR adalah satu kes rintis yang penting dalam mempertahankan hak asasi manusia nelayan tradisional, daripada "rampasan laut" kawasan perikanan samaguna yang didalangi oleh kepentingan bisnes dan negeri. Pelanggaran hak para nelayan Pulau Pinang dan Malaysia yang disengajakan, serta implikasi terhadap keselamatan makanan negara dan kos sara hidup, merupakan ancaman langsung dan monumental terhadap kesejahteraan penduduk B40 negara kita.
Dua petisyen untuk menghentikan PSR telah ditandatangani oleh lebih daripada 250,000 penyokong (change.org, rainforest rescue). Jumlah ini jelas menunjukkan sokongan merata masyarakat tempatan, nasional dan antarabangsa buat para nelayan dan perlindungan ekosistem marin.
Kami telah merayu kepada Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Menteri Pulau Pinang supaya memakai “prinsip kehati-hatian” untuk perlindungan alam sekitar dan seterusnya menghentikan /membatalkan cadangan projek Penambakan Selatan Pulau Pinang.
Kami menyeru SUHAKAM untuk memberi nasihat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, pemaju, pegawai kerajaan, dan pihak berkuasa perikanan supaya menghormati hak komuniti perikanan untuk Keizinan Bebas, Terdahulu dan Termaklum (Free, Prior and Informed Consent), dan untuk mengendalikan apa-apa perundingan secara adil dan telus dengan merangkumi semua wakil sah, dan menghormati proses yang disepakati bersama. Sebarang percubaan oleh mana-mana pihak untuk menidakkan pendirian kolektif Persatuan Nelayan Pulau Pinang melalui, contohnya, rundingan satu-sama-satu dan menawarkan insentif, atau mengenakan tekanan yang tidak sewajarnya melalui tindakan malafide seperti intimidasi, paksaan, atau penyalahgunaan kuasa dalam penyingkiran subsidi atau hak kepenggunaan yang biasa, menghalang akses kepada perikanan, tindakan sewenang-wenang untuk menurunkan pangkat atau melucutkan keahlian/kelayakan mana-mana nelayan, menyangkal hak kebebasan untuk berpersatuan, atau menyekat kebersuaraan persatuan nelayan dengan apa-apa cara sekali, hendaklah diberi amaran dan disiasat.
Kami merayu SUHAKAM untuk memastikan bahawa masyarakat nelayan tempatan tidak dinafikan hak-hak mereka kepada kawasan sumber perikanan yang telah menjadi sumber mata pencarian mereka selama turun-temurun. Untuk melindungi hak asasi komuniti nelayan, kami menyeru SUHAKAM untuk menjalankan penyiasatan penuh atas masalah nelayan Pulau Pinang dan Perak yang terancam oleh cadangan projek Penambakan Selatan Pulau Pinang.
Kami juga menyeru wakil-wakil politik, pihak kerajaan, masyarakat madani dan masyarakat umum untuk sedar/iktiraf bahawa penambakan pesisir adalah isu keadilan alam sekitar yang membabitkan puluhan ribu nelayan dan komuniti nelayan, dan untuk menyokong hak-hak nelayan dengan menuntut supaya penambakan pesisir bagi pembangunan bandar tetap dilarang, seperti yang tertera dalam Rancangan Fizikal Negara 2020.
Selected Readings on projects affecting Penang fisheries commons
https://www.change.org/p/prime-minister-of-malaysia-save-penang-reject-the-3-islands-reclamation/u/25571829