Petition updateSave Penang! Reject the 3-Islands Reclamation!A day of solidarity with the fishermen
Salma KhooGeorge Town, 07, Malaysia
Oct 11, 2019

FB Hari Solidariti Nelayan
Please sign up on our event page

DAY OF SOLIDARITY WITH THE FISHERMEN

Thousands of Penang fishermen will go on strike on Monday, 4 November 2019. A protest will be organised by the Persatuan Nelayan Pulau Pinang (Penang Fishermen’s Association) at the George Town World Heritage Site. This protest will be joined by fishermen from Seberang Perai who will come to the event in fishing boats.

The organisers appeal to the public for their support to make the Penang Tolak Tambak Campaign a success. Among the people who have donated to the “Penang Tolak Tambak – Hari Solidariti Nelayan” fund are:

•            MBPJ City Councillor Derek Fernandez

•            Center to Combat Corruption & Cronyism (C4 Center)

•            Dato’ Ambiga Sreenevasan

•            Former Ambassador Dennis Ignatius

•            MBSP City Councillor Cameron Kang

The Penang South Reclamation is a Penang government project to reclaim 3 islands in the south of Penang with an area of 4,500 acres – bigger than Forest City in Johor.

The Minister of Agriculture and Agro-Based Industries has announced in Parliament that 5,000 Penang fishermen will be affected by the reclamation, while 2,300 Perak fishermen will be affected because of sand-mining.

Penang Tolak Tambak, an alliance between Penang Forum and Persatuan Nelayan Pulau Pinang, has announced a day of solidarity with the fishermen who are affected by the reclamation project.

“As we do not want to inconvenience the public, the supply of fresh fish will be stopped for only one day. However, if the reclamation project is carried out, our catch will decline sharply and permanently.” said Nazri Ahmad, chairman of Persatuan Nelayan Pulau Pinang. “Many of our faithful customers will be affected by the price hike and irreversible loss of fisheries resource.”

Recent incidents of “fishkill” in Penang-North Perak waters are a reminder that marine pollution can threaten the aquaculture industry in this area which yields about half of the national aquaculture industry produce.

 

HARI SOLIDARITI NELAYAN

Beribu-ribu nelayan Pulau Pinang akan mogok pada hari Isnin, 4 November 2019. Satu tunjuk perasaan akan dianjurkan oleh Persatuan Nelayan Pulau Pinang di Tapak Warisan Dunia George Town. Protes ini akan disertai oleh nelayan-nelayan dari Seberang Perai yang akan datang ke majlis itu dengan bot nelayan.

Penganjur menyeru orang ramai supaya memberi sokongan untuk menjayakan kempen Penang Tolak Tambak. Antara orang yang telah menderma kepada dana “Penang Tolak Tambak – Hari Solidariti Nelayan” adalah:

•            Ahli Majlis MBPJ Derek Fernandez

•            Pusat Memerangi Rasuah & Kronisme (Pusat C4)

•            Dato’ Ambiga Sreenevasan

•            Bekas duta besar Dennis Ignatius

•            Ahli Majlis MBSP Cameron Kang

Penambakan Selatan Pulau Pinang adalah projek Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menambak 3 pulau di selatan Pulau Pinang dengan keluasan 4,500 ekar, iaitu, lebih besar daripada Forest City di Johor.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengumumkan di Parlimen bahawa 5,000 nelayan Pulau Pinang akan terjejas oleh penambakan itu, sementara 2,300 nelayan Perak akan terjejas kerana perlombongan pasir.

Penang Tolak Tambak, satu ikatan antara Penang Forum dan Persatuan Nelayan Pulau Pinang, telah mengumumkan Hari Solidariti Nelayan – hari solidariti dengan nelayan yang tergugat oleh projek penambakan.

“Oleh sebab kami tidak mahu menyusahkan orang ramai, bekalan ikan segar akan dihentikan untuk satu hari saja. Tetapi jika projek penambakan itu dilaksnakan, tangkapan ikan kami akan berkurangan secara mendadak dan kekal," kata Nazri Ahmad, pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang. “Ramai daripada pelanggan setia kami akan terjejas oleh kenaikan harga ikan dan terhapusnya sumber perikanan secara tetap.”

Kejadian kematian ikan secara besar-besaran (“fiskhkill”) dalam bulan Ogos dan September di kawasan penternakan ikan Penang–Utara Perak adalah peringatan bahawa pencemaran air laut boleh mengancam industri penternakan di kawasan ini, yang menghasilkan kira-kira setengah pengeluaran akuakultur air payau negara.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Copy link
WhatsApp
Facebook
Nextdoor
Email
X