Permohonan Pemasangan CCTV di Kawasan Kerap Kemalangan Bandar Baru Putra, Ipoh

622

Let’s get to 1000 signatures!
Petitions with 1,000+ supporters are 5x more likely to win!

The Issue

Kami, penduduk serta pengguna jalan raya di Bandar Baru Putra, Ipoh, Perak, dengan ini ingin mengemukakan petisyen ini bagi memohon agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera dengan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di satu lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan kerap berlaku kemalangan.

Petisyen ini dibuat susulan satu kejadian kemalangan jalan raya yang amat menyedihkan, di mana abang saya telah meninggal dunia kira-kira 25 hari yang lalu di lokasi yang sama. Dukacita dimaklumkan bahawa kejadian ini bukanlah kes terpencil. Beberapa kemalangan telah berlaku sebelum ini, dan satu lagi kemalangan turut berlaku beberapa hari yang lalu di kawasan tersebut.

Sehingga kini, kawasan ini tidak dilengkapi dengan sebarang sistem CCTV, menyebabkan pemantauan trafik dan siasatan kemalangan menjadi sukar, serta tidak membantu dalam mencegah pemanduan cuai dan berbahaya.

Kami percaya bahawa pemasangan CCTV akan:

  • Membantu pemantauan keselamatan jalan raya.
  • Memudahkan siasatan pihak berkuasa.
  • Mengurangkan kejadian kemalangan berulang.
  • Mencegah pemanduan berbahaya.
  • Melindungi keselamatan dan nyawa orang awam

Sehubungan itu, kami dengan penuh harapan memohon agar pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Polis Diraja Malaysia (PDRM), serta Kerajaan Negeri Perak dapat membuat pemeriksaan di lokasi ini dan mengambil tindakan sewajarnya demi keselamatan semua pengguna jalan raya.Kami tidak mahu kehilangan nyawa terus berlaku sebelum tindakan diambil

Petition Updates

Share this petition

Petition created on 20 January 2026