STOP Implementation of GST / HENTIKAN GST

The Issue
YAB Dato Seri Najib b Razak,Perdana Menteri Malaysia.
PETISYEN MEMBANTAH 6% CUKAI BARANGAN & PERKHIDMATAN
(CUKAI GST) 1 APRIL 2015
Saya sebagai rakyat Malaysia dengan kebebasan bersuara seperti yang dijamin dalam perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, membantah 6% CUKAI BARANGAN & PERKHIDMATAN (GST) yang dijadualkan dikuatkuasa mulai 1 April 2015. Saya menggesa kerajaan supaya membatalkan penguatkuasaan CUKAI GST.
Berikut adalah sebab- sebab utama saya membantah Cukai GST :
1. Cukai Progresif lebih sesuai untuk masyarakat Malaysia: Cukai yang progresif mengenakan cukai kepada golongan kaya dan kaum korporat tetapi mengecualikan golongan pendapatan rendah dari dicukai. Cukai sebegini adalah lebih sesuai oleh sebab ia membantu golongan miskin, berbanding dengan cukai regresif GST yang akan mengenakan cukai kepada semua lapisan masyarakat. Cukai GST membebankan masyarakat secara menyeluruh yang kaya dan yang berpendapatan rendah
2. Kadar inflasi akan meningkat: Penguatkuasaan CUKAI GST akan membawa kepada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang akan meningkatkan perbelanjaan harian rakyat Malaysia. Walaupun banyak jenis makanan dikecualikan daripada cukai pada takat dibeli oleh pengguna, harga makanan akan naik kerana bahan – bahan yang digunakan untuk mengeluarkan makanan itu seperti seperti baja, makanan untuk haiwan, plastik untuk pembungkusan dan pengangkutan akan dinaikkan harga akibat cukai GST terhadap bahan pengeluaran. Ini akan menyebabkan peningkatan dalam kos pengeluaran makanan dan ini akan menaikkan harga makanan itu. Cukai GST akan meningkatkan kadar INFLASI dan mengurangkan kuasa beli rakyat. Kos bagi menampung keperluan harian iaitu makanan, pengangkutan, penginapan, pakaian, perubatan dan lain-lain akan meningkat. Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan ini akan ditanggung oleh semua lapisan masyarakat tidak kira kaya ataupun miskin.
3. Kewangan Kerajaan: Penguatkuasaan Cukai GST tidak akan membantu kerajaan Malaysia menangani masalah kewangan. Ini adalah kerana, wujudnya faktor factor yang lebih besar yang menyebabkan masalah kewangan Kerajaan Malaysia umpamanya: i. Perbelanjaan kerajaaan yang tidak dikawal
ii. Pembaziran dalam perbelanjaan kerajaan
iii. Penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan
Kerajaan Malaysia seharusnya menumpukan perhatian untuk menangani masalah sebegini yang lebih serius bukannya menguatkuasakan Cukai GST yang akan membebankan Rakyat.
Inilah sebab - sebab saya MEMBANTAH penguatkuasaan CUKAI GST pada 1 April 2015

Petition Closed
Share this petition
Petition Updates
Share this petition
Petition created on 25 February 2015