STOP Implementation of GST / HENTIKAN GST

The Issue

YAB Dato Seri Najib b Razak,Perdana Menteri Malaysia.

PETISYEN MEMBANTAH 6% CUKAI BARANGAN & PERKHIDMATAN 

(CUKAI GST) 1 APRIL 2015

 Saya  sebagai  rakyat  Malaysia  dengan  kebebasan  bersuara  seperti  yang  dijamin  dalam  perkara  10  Perlembagaan  Persekutuan,  membantah  6%  CUKAI  BARANGAN  &  PERKHIDMATAN  (GST)  yang  dijadualkan  dikuatkuasa  mulai  1  April  2015.  Saya  menggesa  kerajaan  supaya  membatalkan  penguatkuasaan CUKAI GST. 

 Berikut adalah sebab- sebab utama saya membantah Cukai GST :

 1.       Cukai   Progresif  lebih  sesuai  untuk  masyarakat  Malaysia:  Cukai  yang  progresif   mengenakan  cukai  kepada  golongan  kaya  dan  kaum  korporat  tetapi  mengecualikan   golongan  pendapatan  rendah  dari  dicukai.  Cukai  sebegini  adalah  lebih  sesuai  oleh  sebab  ia  membantu   golongan miskin, berbanding dengan cukai regresif GST yang akan mengenakan cukai kepada semua  lapisan masyarakat. Cukai GST  membebankan masyarakat secara menyeluruh  yang kaya dan yang berpendapatan rendah  

 2.       Kadar inflasi akan meningkat: Penguatkuasaan CUKAI GST akan membawa kepada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang   akan meningkatkan perbelanjaan harian rakyat Malaysia. Walaupun  banyak jenis makanan dikecualikan daripada cukai pada takat dibeli oleh pengguna, harga  makanan akan naik kerana bahan – bahan yang digunakan untuk mengeluarkan makanan itu seperti seperti baja,  makanan untuk haiwan, plastik untuk pembungkusan dan pengangkutan akan dinaikkan harga akibat cukai GST terhadap bahan pengeluaran.    Ini akan menyebabkan peningkatan dalam kos pengeluaran makanan dan ini akan menaikkan harga makanan itu.  Cukai GST akan   meningkatkan  kadar  INFLASI  dan  mengurangkan  kuasa  beli  rakyat.  Kos  bagi  menampung  keperluan  harian  iaitu  makanan,  pengangkutan,  penginapan,  pakaian,  perubatan dan lain-lain akan meningkat. Kenaikan  harga  barangan  dan  perkhidmatan  ini  akan  ditanggung  oleh  semua lapisan masyarakat tidak kira kaya ataupun miskin. 

 3.       Kewangan  Kerajaan:  Penguatkuasaan  Cukai  GST  tidak  akan  membantu  kerajaan  Malaysia  menangani  masalah  kewangan.  Ini  adalah  kerana,  wujudnya  faktor­ factor yang lebih besar yang  menyebabkan masalah kewangan Kerajaan Malaysia umpamanya:              i.            Perbelanjaan kerajaaan yang tidak dikawal                               

 ii.            Pembaziran dalam perbelanjaan kerajaan                              

 iii.            Penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan

Kerajaan Malaysia seharusnya menumpukan perhatian untuk menangani masalah sebegini yang lebih serius bukannya menguatkuasakan Cukai GST yang akan membebankan Rakyat. 

 Inilah sebab - sebab saya MEMBANTAH penguatkuasaan CUKAI GST  pada 1 April 2015 

This petition had 2,668 supporters

Petition Updates

Share this petition

Petition created on 25 February 2015