Say No to LRT Railway in FRONT of SCHOOLS

Petition Closed

This petition had 9 supporters

The Issue

Dengan hormatnya dimaklumkan pihak sekolah telah dimaklumkan bahawa pembinaan laluan LRT akan melalui kawasan depan sekolah kami, kami ingin memohon pertimbangan tukar laluan tersebut dan mengemukakan bantahan kami atas sebab-sebab yang berikut:

(i) Di kawasan Sungai Nibong, terdapat 3 sekolah yang berhampiran iaitu: S.J.K.(C) Kwang
Hwa, S.J.K.(C) Shih Chung (Cawangan) dan SMK Sg. Nibong. Jumlah pelajar di 3
buah sekolah lebih 4 ribu orang dan bilangan guru dan staf sokong sebanyak 260 orang.
cadangan laluan LRT di Jalan Sultan Azlan Shah adalah jalan utama murid datang ke
Sekolah setiap hari. Semasa pembinaan laluan LRT, keselamatan lebih 4 ribu orang
guru dan murid akan menjadi masalah besar kerana pembinaan LRT itu mengambil masa
yang panjang. Keselamatan murid dan ketidak sesuaian itu akan menimbulkan banyak
masalah lalu-lintas.

(ii) Menurut kajian Teaching and Learning: The impact of noise pollution from Light Rail Transit (LRT) near the school compound from En. Abu Bakar Bin Abd Hamin - https://www.researchgate.net/publication/275950726_Teaching_and_Learning_The_impact_of_noise_pollution_from_Light_Rail_Transit_LRT_near_the_school_compound bunyi dari laluan LRT akan menggangu pembelajaran murid dan mengancam pendengaran murid dalam jangka masa yang panjang. 

(iii) Pencemaran udara hasil dari laluan LRT akan menjejaskan kesihatan guru dan murid yang berada di sekolah sepanjang tahun.
(iv) Menurut pengalaman dari Singapore, dalam sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun akan berlaku tram LRT terkeluar dari landasannya. Bayangkan kalau tram LRT yang terkeluar dari landasan dengan jarak jauhnya hanya 6 meter jauh dari pintu sekolah, apa akan terjadi kepada murid dan guru di sekolah. Keselamatan mereka akan terancam.

 
2. Pihak sekolah bukan anti pembangunan, pihak sekolah hanya memohon supaya laluan LRT itu di tukarkan dari Perhentian Bus Sungai Nibong belok masuk ke Jalan Pantai Jerjak dan terus ke Queensbay Mall dengan tidak melalui kawasan sekolah. Kami berharap pihak Tuan boleh menimbangkan permintaan kami dan memberi jawapan kepada kami dalam tempoh 14 hari mulai daripada surat ini dihantar. Segala kerjasama dan pertimbangan daripada pihak Tuan amat kami alu-alukan dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Petition Updates

Share this petition

Petition created on 17 April 2016