Pembinaan Masjid Kampus sebagai Pusat Islam Universiti Malaya

210

Let’s get to 500 signatures!
Petitions with 1,000+ supporters are 5x more likely to win!

The Issue

 

 

 

Keratan Akbar Berita Harian 31 Julai 2006

"Masalah Ketiadaan Masjid di Universiti Malaya Perlu Diselesaikan!"

Assalamualaikum dan Salam Perjuangan.

Masalah ketiadaan masjid di Universiti Malaya (UM) bukanlah isu baharu. Selama hampir dua dekad, warga UM – pelajar, kakitangan, dan komuniti – terpaksa menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Rahman atau Surau Akademi Pengajian Islam (API), yang kini sering kali melimpah sehingga ke luar kerana ruang yang terlalu sempit.

Bayangkan ratusan jemaah bersolat tanpa bumbung, kadang-kala dibasahi hujan, dengan keselesaan yang tidak terjamin. Jika seluruh IPTA lain mampu menyediakan masjid mereka sendiri yang lengkap dan selesa, kenapa Universiti Malaya, universiti tertua dan ternama di Malaysia, masih ketinggalan dalam perkara ini?

 

 

 

 

 

 

 

 

Cukup gambar berbicara.

Solusi yang paling bermaruah bagi Universiti Malaya menyelesaikan isu ini adalah dengan membina sebuah masjid yang akan menjadi Pusat Islam Universiti Malaya.

Bertitik tolak dari itu, Gerakan Bina Masjid Universiti Malaya (GEMA) menggalas tanggungjawab mewakili mahasiswa untuk mengetengahkan isu ini agar diambil serius oleh pihak-pihak yang sepatutnya.

Sudah tiba masanya kita bersatu menyuarakan keperluan ini demi generasi UM yang lebih baik! Sertai usaha ini dengan menandatangani petisyen pembinaan Masjid Universiti Malaya. Suara anda mampu menjadi pencetus perubahan.

Semoga setiap suara dan petisyen yang kita angkat menjadi saksi usaha kita membina Rumah Allah di kampus tercinta ini dan asbab dibinakan buat kita mahligai di syurga kelak.

“Barangsiapa membangun masjid karena Allah sebesar sarang burung atau lebih kecil. Maka Allah akan bangunkan baginya rumah di surga.”

Sunan Ibn Majah

Ikuti perkembangan gerakan di https://www.instagram.com/gema_malaya/​

https://youtube.com/shorts/JEZ8eRHl0_c?si=bId_qDkahL2gpK_3

“Di Sini Bermulanya Pintar, Tanah Tumpahnya Berani”

"Home of the Bright, Land of the Brave"

Belajarlah sambil mencabar

Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang

Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin

Berpengalaman (mencabar) dan terpelajar

 – Prof. Ungku A. Aziz (1973)

 

 

avatar of the starter
Gerak Bina MasjidPetition StarterMisi akhir gerakan ini adalah berdirinya sebuah masjid kampus di varsiti tercinta Ayuh bersama kami ! #membinamasjidmembanguntamadun

Petition Updates

Share this petition

Petition created on 11 October 2024