PEMANSUHAN DAN PENGGANTIAN SISTEM JURUTERA PROFESIONAL DENGAN PERAKUAN AMALAN AKTA 138
The Issue
NOTA: KEPADA SEMUA PE/PEPC HOLDER MOHON MASUKKAN PE/PEPC NOMBOR ANDA PADA BAHAGIAN EMAIL. EMAIL TIDAK DIPERLUKAN.
PEMANSUHAN DAN PENGGANTIAN SISTEM JURUTERA PROFESIONAL DENGAN PERAKUAN AMALAN (PEPC)
1.0 PENDAHULUAN
Profesion kejuruteraan di Malaysia adalah penting untuk memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kemajuan negara kita sentiasa terpelihara. Sebagai badan induk bagi profesion jurutera, Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) diamanahkan untuk menegakkan standard tertinggi amalan profesional. Sehubungan itu, kami kumpulan Jurutera Profesional Malaysia , dengan ini menggesa pemansuhan segera sistem berperingkat Tier 1 (PE) dan Tier 2 (PEPC) semasa dan digantikan dengan satu gelaran iaitu ‘Jurutera Profesional’ sepertimana Akta Pendaftaran Jurutera 1967 sebelum pindaan tahun 2015. Perubahan ini perlu untuk menyelaraskan profesion kejuruteraan dengan piawaian global, meningkatkan kepercayaan orang ramai dan memastikan keadilan dalam profesion kejuruteraan. Oleh itu, cadangan pemansuhan sistem Jurutera Profesional dengan Perakuan amalan (PEPC) adalah dibuat berdasarkan justifikasi berikut :-
i. Penyeragaman Merentas Profesion
Penyeragaman Profesion Kejuruteraan di Malaysia adalah penting sejajar dengan profesion terkawal yang lain seperti Pengamal Perubatan dan Arkitek, yang beroperasi di bawah sistem satu peringkat (single - tier system). Memansuhkan PEPC dan kembali kepada sistem satu peringkat akan menyeragamkan rangka kerja profesional, memastikan kejelasan dan konsistensi dalam kelayakan dan tanggungjawab jurutera. Ini akan menghapuskan kekeliruan orang awam dan menentukan dengan jelas siapa yang layak diberi kuasa untuk mengamalkan amalan kejuruteraan di peringkat tertinggi.
ii. Proses Kelayakan Yang Tidak Konsisten
Kepincangan utama dalam sistem PEPC ialah ketidakkonsistenan dalam proses kelayakan. Jurutera yang telah diberikan PEPC sebelum tahun 2015 tidak menjalani proses peperiksaan yang ketat seperti peperiksaan PCE yang ada sekarang. Ini akan menjejaskan integriti pensijilan, risiko keselamatan dan kepercayaan orang awam apabila Jurutera berkenaan diperakui kompeten tanpa membuktikan kecekapan mereka melalui peperiksaan yang seragam (standardized examination). Satu – satunya cara untuk menegakkan prinsip teras bahawa semua Jurutera Profesional berlesen mesti menunjukkan kepakaran mereka adalah dengan memansuhkan sistem PEPC sepenuhnya dan mengiktiraf kembali proses penilaian yang praktikal seperti yang diamalkan sebelum tahun 2015.
iii. Meningkatkan Kepercayaan dan Keselamatan Orang Awam
Kepercayaan orang ramai terhadap profesion kejuruteraan adalah tidak boleh dirunding. Sistem dwi peringkat semasa yang diperkenalkan menunjukkan kekaburan berkenaan kelayakan jurutera dan berpotensi menjejaskan keselamatan orang awam. Dengan memansuhkan sistem PEPC dan menggunapakai sistem satu peringkat (single tier system), kepercayaan orang ramai terhadap profesion jurutera akan diperkukuh dengan memastikan semua jurutera profesional memenuhi tahap piawaian kecekapan tertinggi. Langkah ini penting untuk menjaga kebajikan orang ramai dan mengekalkan kredibiliti profesion.
iv. Pengiktirafan Antarabangsa
Dalam dunia global hari ini, pengiktirafan antarabangsa terhadap kelayakan profesional adalah penting. Banyak negara beroperasi di bawah sistem satu peringkat untuk perlesenan kejuruteraan. Memansuhkan sistem PEPC akan meletakkan jurutera Malaysia dengan lebih baik untuk pengiktirafan dan persaingan antarabangsa di pentas global. Perubahan ini juga akan memudahkan mobiliti yang lebih besar bagi jurutera Malaysia yang mencari peluang pekerjaan di luar negara.
v. Kesaksamaan dan Keadilan
Sistem PEPC sedia ada mewujudkan jurang yang tidak adil di antara jurutera yang diperakui sebelum 2015 dan mereka yang diperakui selepas itu. Keadaan ini sememangnya tidak adil dan menjejaskan komitmen profesion terhadap kesaksamaan. Menghapuskan sistem PEPC dapat memastikan bahawa semua jurutera profesional dinilai dan diiktiraf di bawah satu kriteria ketat yang sama, memupuk kesaksamaan dan keadilan dalam profesion. Sistem PEPC yang ada pada masa kini hanya sesuai dan didominasi oleh bidang pembinaan dan tidak mewakili bidang – bidang kejuruteraan yang lain yang lebih meluas dan pelbagai pada masa kini.
vi. Pertambahan Bilangan Jurutera Berlesen
Pada masa kini bilangan PEPC sedia ada hanyalah seramai 8,807 orang. Dengan jumlah yang amat sedikit ini, ianya dilihat tidak seimbang dengan bilangan projek kejuruteraan di Malaysia yang saban hari semakin meningkat. Oleh itu, dengan menghapuskan sistem PEPC ini, ianya akan dapat meningkatkan bilangan Jurutera Berlesen kepada 16,662 orang dimana semua jurutera professional tier 1 dan tier 2 yang ada sekarang di satukan di bawah sistem satu peringkat sebagai ‘Jurutera Profesional’ yang boleh mempraktiskan amalan kejuruteraan masing – masing.
2.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, pemansuhan sistem PEPC adalah perlu untuk memulihkan integriti, keadilan, dan kedudukan antarabangsa kepada profesion kejuruteraan di Malaysia. Sistem PEPC ini tidak lagi relevan dengan keperluan profesion kejuruteraan di Malaysia. Untuk mengekalkan integriti profesion, adalah penting untuk memansuhkan PEPC dan kembali kepada sistem satu peringkat sedia ada. Tindakan yang tegas dan drastik ini dapat mempertahankan kredibiliti profesion dan mengukuhkan kepercayaan orang ramai terhadap profesion jurutera di Malaysia.
805

Petition Updates
Share this petition
Petition created on 8 September 2024