Apology Letter
Assalamualaikum wbt, I, Nor Madihah would like to apologise to the canteen and SMK USJ 13 for accusing the canteen without any solid evidence. Yes, I know there's complaints on the comment section but words aren't enough.
i would like to apologise for my irrational act or behavior. I should not take this problem to the public as they don't know anything. I truly regret for not thinking through this properly before posting the petition. For the students of SMK USJ 13, I hope that all of you would buy food and drinks at the canteen as usual. All canteens in every school is not perfect, each has their own weakness, just like us. We have to understand each other's weakness and other people's feelings in order to live a happy life.
So, if there's any problem with the food/drink that you bought from the canteen, please report it to the canteen/teacher in charge/PK Hem. You should never post something like this on the social media because social media won't help you solve this problem.
To all the canteen workers, I hope that you will forgive me for my irrational behavior, and I hope that you won't hold a grudge against me. I was wrong, and I regret for making this petition because i have made the canteen and the school's name worse. This petition is not something to be proud of, it should be a lesson for me and all of you.
*Please delete all links related to this petition ASAP
Assalamualaikum wbt, saya Nor Madihah ingin memohon maaf kepada pihak kantin dan kepada sekolah SMK USJ 13 kerana memfitnah kantin tanpa bukti yang kukuh. Ya, saya tahu komen-komen wujud di ruangan komen, namun perkataan-perkataan sahaja tidak mencukupi.
Saya ingin memohon maaf atas tindakan saya yang tidak rasional. Saya tidak patut membawa masalah ini kepada orang awam yang tidak tahu apa-apa. Saya amat menyesal kerana tidak berfikir dahulu sebelum membuat petisyen ini. Kepada murid-murid SMK USJ 13, saya berharap kamu semua akan pergi beli makanan di kantin seperti biasa. Semua kantin yang berada di sekolah-sekolah lain bukannya sempurna, setiap kantin mempunyai kelemahannya sendiri, begitu juga dengan kita semua. Kita perlulah memahami kelemahan masing-masing dan perasaan orang lain dan sentiasa memperbaiki kelemahan masing-masing untuk hidup dengan aman dan gembira.
Oleh itu, jika terdapat sebarang masalah berkaitan dengan makanan/minuman yang dibeli di kantin, janganlah berdiam diri dan segeralah melaporkan masalah kepada kantin atau guru bertugas ataupun PK HEM. Jangan sesekali memaparkan masalah sebegini di media sosial kerana media sosial tidak akan membantu kamu menyelesaikan masalah.
Kepada pekerja-pekerja kantin, saya berharap kamu semua boleh memaafkan saya atas tindakan saya yang tidak rasional ini, dan saya harap kamu semua tidak berdendam dengan saya. Saya bersalah, dan saya menyesal membuat petisyen ini kerana saya telah mencemarkan nama kantin dan nama sekolah juga. Petisyen ini bukan sesuatu yang kita harus banggakan, tetapi ia harus dijadikan pengajaran kepada kita semua.
Jika saya mencipta mesin masa pada masa depan, saya pasti akan kembali semula ke tahun ini dan menghentikan diri saya daripada membuat petisyen ini. Saya menerima sebarang hinaan kerana ini semua salah saya. Petisyen ini akan dibuang secara kekal beberapa hari dari sekarang. Saya ingin menghentikan benda yang saya telah mulakan, dan ia berakhir sekarang. Sekian, terima kasih.
*Tolong buang semua link berkaitan dengan petisyen ini dengan segera.