Feb 7, 2021


Salam dan Selamat Sejahtera semua warga kerja industri kreatif dan filem Malaysia.

Sebelum memulakan kemaskini, kami berterima kasih sekali lagi kepada semua yang menyokong gerakan solidariti ini. Kami yakin kami mampu mencapai matlamat 10000 ribu tandatangan.

Sungguhpun dengan angka yang ada sekarang ini, kita telah berjaya membuka banyak ruang dan peluang serta membuka minda rakyat Malaysia akan kepentingan Industri kreatif dan filem ini terhadap ekonomi Malaysia, namun kita jangan cepat berpuas hati. Teruskan sebaran sosial untuk kita capai matlamat kita.

Hari ini, kami ingin berkongsi sesuatu, setelah mencapati ada warga kerja yang masih jahil tentang tugas dan tanggungjawab seorang CEO. Ada yang merasakan tugas CEO adalah menyiapkan kerja (Get the Job Done), tapi sebenarnya itu bukanlah tugasan seorang CEO. secara harfiahnya.

Disini kami ingin berkongsi secara ilmiah agar ia difahami semua yang menyokong gerakan ini. Fahami skop kerja dan tanggungjawab sebenar seorang CEO dalam erti kata seorang pemimpin yang memimpin pengikutnya.

Semoga bermanfaat.

---

Tugas, tanggungjawab, dan perihal tugas CEO yang biasa termasuk:

1. Berkomunikasi, bagi pihak syarikat, dengan pemegang saham, entiti kerajaan, dan orang ramai.
2. Memimpin pengembangan strategi jangka pendek dan jangka panjang syarikat
3. Membuat dan melaksanakan visi dan misi syarikat atau organisasi
Menilai kerja pemimpin eksekutif lain dalam syarikat, termasuk pengarah, naib presiden, dan presiden
4. Mengekalkan kesedaran mengenai landskap pasar yang kompetitif, peluang pengembangan, perkembangan industri, dll.
5. Memastikan syarikat mengekalkan tanggungjawab sosial yang tinggi di mana sahaja dia menjalankan perniagaan
6. Menilai risiko kepada syarikat dan memastikannya dipantau dan diminimumkan
7. Menetapkan matlamat strategik dan memastikannya dapat diukur dan dapat digambarkan


Copy link
WhatsApp
Facebook
Nextdoor
Email
X