

Sungguh macam tidak percaya. Ini diluar jangkaan. Terima kasih semua yang telah bersatu hati menyokong usaha kecil ini. Semoga segala yang diusahakan dan dirangcang dipermudahkan.
Kami amat bangga dengan penyatuan ini. 24 jam petisyen ini dilancarkan, kami telah berjaya melepasi angka 2500 tanda tangan. Ini sesuatu yang di luar jangkaan kami. Ternyata suara suara warga kreatif dan filem Malaysia mahukan perubahan.
Terus bersama kami dalam perjalanan yang bakal penuh ranjau ini. Perubahan ini bukan semata-mata menegakkan keadilan terhadap apa yang dilakukan Pengerusi dan CEO Finas tetapi lebih kepada ingin melalkukan perubahan total terhadap industri kreatif dan filem Malaysia. Ini matlamat pergerakan ini.
Solidariti Industri kreatif ini adalah pencetus gerakan ini dan penyatuan semua warga kerja industri kreatif dan filem yang merealisasikan usaha kecil ini. Kami berterima kasih dengan sokongan ini.
Namun, kami telah diingatkan oleh warga OG (Old Generation) terhadap usaha ini bahawa akan terdapat sekam dan gunting dalam lipatan dalam usaha ini. Kami menerima nasihat itu dengan hati yang terbuka dan bersangka baik sahaja kepada semua. Kerana apa yang kami usahakan ini takkan berlaku sekiranya Allah tidak izinkan. Kami percaya Allah sayngkan semua warga kerja industri kreatif dan filem ini.
Sekali lagi, kami sarankan agar semua warga industri terus membuat sebaran sosial bagi petisyen ini mencapai target 10k tanda tangan dan kami berharap doa dari semua warga kerja industri. Doa kalian semua yang menjadikan kami lebih bersemangat untuk BANGKIT!
Terima kasih semua.
Art Revolt