Wujudkan 2 Kuota Wakil Guru Di Dalam Jawatankuasa Kajian Dasar KPM

The Issue

Pada 18 Oktober, Dr. Maszlee Malik selaku Menteri Pendidikan Malaysia telah mengumumkan perlantikan 13 orang individu pakar berlainan bidang untuk menganggotai Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) selaku badan bebas yang akan mengkaji dasar pendidikan negara. Tahniah diucapkan.

Apabila saya melihat senarai profil ahli JKD, saya melihat barisan intelektual universiti, NGO, dan ahli korporat dipanggil untuk membantu Kementerian Pendidikan di dalam mengolah dan memperbaiki serta memberi syor-syor yang terbaik mengikut kepakaran mereka.

Sehubungan dengan itu, sayangnya saya melihat ketiadaan wakil daripada pihak pelaksana Dasar Pendidikan iaitu guru dan pentadbir turut serta di dalam mengadun dan membentuk serta memberi syor di dalam menambahbaik sistem pendidikan yang sedia ada.

Perkara ini dibangkitkan kerana 13 pakar yang dipanggil bukanlah individu yang bersama melaksanakan dasar pendidikan secara langsung di sekolah kerajaan. Namun bagi pihak kami selaku individu yang terlibat secara langsung dengan klien (pelanggan) iaitu murid di sekolah dari peringkat pra sekolah sehingga sekolah tinggi meminta agar 2 kuota baru diwujudkan untuk turut sama terlibat secara langsung di dalam jawatankuasa ini.

Pihak kami juga melihat 2 kuota ini bukanlah di isi oleh Kesatuan-Kesatuan Guru, tetapi ia haruslah di isi oleh individu yang terlibat secara langsung di sekolah iaitu seorang guru dan seorang pentadbir.

Dengan kewujudan 2 kuota guru di dalam jawatankuasa ini di di harap membantu 13 pakar ini membentuk syor-syor yang lebih baik dan berfokus.

This petition had 235 supporters

Petition Updates

Share this petition

Petition created on 18 October 2018