MAS: Help Bring Back Malaysian Voters! #JomBalikUndi

0 have signed. Let’s get to 25,000!


Petisyen Kepada Malaysia Airlines (MAS) Untuk Mengurangkan Kadar Tambang Penerbangan Dan Tidak Mengenakan Caj ‘Re-booking’ dan ‘Re-routing’ Semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14)

Petition To Malaysia Airlines (MAS) To Reduce Flight Fares, Waive Re-booking And Re-routing Fee For 14th General Election (GE 14)

 

Saya, Shahrul Aman Mohd Saari, Pemangku Pengerusi BERSIH 2.0 bersama-sama rakyat Malaysia memulakan petisyen ini bagi mengumpul seberapa banyak suara rakyat Malaysia terutamanya pengundi luar negara dan juga pengundi dari Sabah dan Sarawak yang berada di Semenanjung serta pengundi Semenanjung yang berada di Sabah dan Sarawak, untuk memohon MAS dan syarikat-syarikat penerbangan yang lain agar mengurangkan kadar tambang penerbangan serta mengetepikan caj ‘re-booking’ dan ‘re-routing’ bagi tempahan penerbangan kepada pelanggan warganegara Malaysia yang membuat tempahan semasa tarikh Pilihanraya Umum Ke 14. Hal ini bertujuan memudahkan para pengundi berkenaan untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

 

Permohonan ini dibuat memandangkan terdapat ratusan ribu warganegara Malaysia yang layak mengundi berada di luar negara dan agak sukar untuk mereka pulang ke Malaysia untuk mengundi dalam setiap pilihan raya kerana perlu menampung kos perjalanan dan mengambil cuti daripada kerja atau belajar. Tambahan pula, adalah lebih menyukarkan sekiranya para pengundi terpaksa membuat tempahan semula untuk menukar tarikh perjalanan memandangkan tarikh PRU 14 masih belum diketahui.

 

Ini adalah satu inisiatif bersama untuk melindungi hak pengundi-pengundi Malaysia yang tinggal di luar negara serta pengundi Sabah dan Sarawak yang tinggal dan bekerja di Semenanjung Malaysia, begitu juga pengundi Semenanjung yang berada di Sabah dan Sarawak, supaya dapat mengundi tanpa membiayai kos yang tinggi dan mengalami kesulitan. Atas dasar Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), kerjasama daripada syarikat-syarikat penerbangan adalah penting dan merupakan satu perkara murni dalam memberikan khidmat kepada masyarakat.

 

Oleh itu, kami rakyat Malaysia memohon agar Malaysia Airlines (MAS) dan syarikat-syarikat penerbangan yang lain dapat mengikut jejak langkah Syarikat Penerbangan Cathay Pacific dan juga Malindo Airlines yang telah pun menawarkan kemudahan pengecualian caj bagi mereka yang ingin menjadualkan semula laluan penerbangan pada tarikh Pilihan Raya Umum ke 14 yang bakal tiba.

 

Diharapkan pihak MAS dapat mempertimbangkan permohonan ini sesegera mungkin, memandangkan PRU 14 akan berlangsung tidak lama lagi.

 

Shahrul Aman Mohd Saari,

Pemangku Pengerusi BERSIH 2.0

__________________________________________________________

 

Petition To Malaysia Airlines (MAS) To Reduce Flight Fares, Waive Re-booking And Re-routing Fee For 14th General Election (GE 14)

My name is Shahrul Aman Mohd Saari and as Acting Chair of BERSIH 2.0, together with other concerned Malaysians initiated this petition to gather voices of voters overseas as well as those from Sabah and Sarawak who are residing in Peninsular Malaysia, and also Peninsular voters residing in Sabah and Sarawak, to petition Malaysia Airlines (MAS) and all airlines company to reduce flight fares as well as the waiving of re-booking and re-routing charges so make it easier for these group of voters to return and cast their votes. This will ease the process for these group of voters to come back and exercise their democratic duty as voters.

 

This appeal was initiated in the view that there are hundreds of thousands of eligible voters overseas who find it difficult to return to Malaysia and vote as they would have to pay a high fee in order and apply for study or work leave. In addition to that, it will be more difficult for this group of voters to make advance bookings only to modify their travel dates as the 14th General Election (GE14) date is yet to be announced.

 

This petition is an open initiative to protect the rights of Malaysian voters living overseas as well as voters of Sabah and Sarawak who are residing in Peninsular, and also Peninsular voters residing in Sabah and Sarawak, so that they may use their right to vote without difficulty, and without paying a high cost for it. In good faith and under Corporate Social Responsibility (CSR), cooperaton and understanding from MAS and other airlines companies is crucial, and a noble service to the people of Malaysia.

 

In conclusion, we – the people of Malaysia – ask that Malaysia Airlines (MAS) and all airlines, can follow in the footsteps of Cathay Pacific and Malindo to waive re-booking and re-routing charges for the convenience of voters seeking to return during the upcoming 14th General Elections.

 

We hope that MAS and major airlines would consider this petition with utmost urgency in view of the ever-nearing GE14.

 

Shahrul Aman Mohd Saari,

Acting Chair, BERSIH 2.0

 



Today: BERSIH 2.0 is counting on you

BERSIH 2.0 needs your help with “MAS; Help Bring Back Malaysian Voters! #JomBalikUndi [Petition To Malaysia Airlines (MAS) To Reduce Flight Fares, Waive Re-booking And Re-routing Fee For 14th General Election (GE 14)]”. Join BERSIH 2.0 and 20,386 supporters today.