Revive MyBrain for the hope of Postgraduate and Doctorate students for Malaysia's future

0 have signed. Let’s get to 10,000!


Program MyBrain telah ditangguhkan disebabkan RM90 juta adalah kos yang boleh digunakan untuk pembayaran hutang negara. Untuk pengetahuan pembaca, RM90 juta adalah 0.0035% daripada bajet pendidikan negara Malaysia. Debt-to-GDP ratio Malaysia adalah 50.5% setakat ini dan masih bawah paras zon bahaya yang diisytiharkan oleh Bank Negara Malaysia iaitu 55% walaupun anggaran hutang boleh menjadi 52-53% dalam dua tahun seterusnya.  Namun begitu, hutang bukan sebuah alasan kukuh untuk memotongkan bajet pendidikan atau program pendidikan untuk rakyat, di mana rakyat Jepun masih mendapat polisi kerakyatan dengan Debt-to-GDP ratio yang amat tinggi iaitu 253%.

Objektif petition ini adalah untuk :

1. Mendapat 1,000,000 tandatangan sokongan

2. Mendapatkan sokongan kerajaan untuk membiayai Masters dan PhD. di peringkat IPTA.

3. Menyumbang 60,000 graduan,intelektual dan professional yang mempunyai PhD dan 100,000 graduan Masters sebelum tahun 2020.

Kajian negara yang diumumkan oleh Puan Hannah Yeoh menunjukkan bahawa kita masih memerlukan sebanyak golongan intelektual dan professional, khususnya 7 kali ganda daripada bilangan jurutera dan ahli saintis yang terdapat di dalam negara kita yang jumlahnya 70,000 orang. Ini adalah amat mendukacitakan untuk sebuah negara yang beraspirasi untuk tergolong dalam negara yang maju sebagai UK, US dan Germany dan lain-lain.

Di samping itu, program ini juga boleh menjana kemahiran tinggi berdasarkan inovasi dan kreativiti yang dapat menjana pembangunan masyarakat, ekonomi dan industri negara. Program ini perlu dijalankan sempena dengan matlamat, visi dan misi negara untuk digelar sebagai negara maju menjelang 2020 dan negara perintis pada negara 2050.

 

 

 

 

 

 



Today: Kiri is counting on you

Kiri Daren needs your help with “Malaysians : Revive MyBrain for the hope of Postgraduate and Doctorate students for Malaysia's future”. Join Kiri and 8,417 supporters today.