MAHASISWA DAN BELIA BANGKIT MENOLAK KEBENCIAN AGAMA MELAMPAU

The Issue
KENYATAAN MEDIA & PETISYEN BERSAMA: MAHASISWA DAN BELIA BANGKIT MENOLAK KEBENCIAN AGAMA MELAMPAU
Daripada: Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Shah Alam
Isu: Kecaman Terhadap Insiden Mahasiswa Memijak Al-Quran (Akaun Threads: @ryvikselva)
Baru-baru ini, seluruh umat Islam di Malaysia telah digemparkan dengan satu tindakan provokasi yang sangat melampau. Seorang mahasiswa universiti tempatan didapati memuat naik perbuatan memijak naskhah suci Al-Quran di media sosial.
Kami di PEMBINA Cawangan Shah Alam, mewakili suara mahasiswa, belia, dan seluruh penuntut ilmu, memandang sangat serius insiden ini. Perbuatan ini bukan sekadar biadab, malah ia merobek perasaan umat Islam dan berpotensi mencetuskan ketegangan yang merbahaya dalam negara kita yang berbilang kaum.
Oleh yang demikian, kami menggariskan ketetapan dan tuntutan berikut:
1. Kebiadaban Tanpa Kompromi
Perbuatan pemilik akaun media sosial Threads @ryvikselva yang secara sengaja memijak Al-Quran merupakan satu kebiadaban tahap tertinggi. Ia adalah tindakan yang sama sekali tidak mencerminkan akal budi dan etika seorang individu bergelar penuntut ilmu di universiti.
2. Ancaman Kepada Keharmonian Negara
Tindakan jijik ini secara terang-terangan menzahirkan sentimen Islamofobia dan kebencian melampau. Ia berniat jahat untuk menggugat dan memusnahkan keharmonian antara komuniti berbilang agama yang telah lama terbina di Malaysia.
3. Pendirian Berprinsip Menolak Penghinaan Agama
Selari dengan ajaran Islam yang syumul, PEMBINA Shah Alam konsisten menolak sebarang bentuk penghinaan terhadap mana-mana agama sekalipun. Kami menegaskan bahawa kebebasan bersuara sama sekali bukan lesen untuk menghina dan mencerca kesucian agama.
4. Kedaulatan Undang-Undang
Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara secara jelas memperuntukkan pemeliharaan ke atas kesucian agama Islam sebagai Agama Persekutuan. Kesucian Islam wajib dipertahankan daripada sebarang bentuk ancaman, gangguan, mahupun penghinaan murahan seperti ini.
5. Gesaan Tindakan Tegas & Serta-Merta
Kami mendesak pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), dan pihak pentadbiran universiti untuk mengambil tindakan tatatertib dan perundangan yang setimpal ke atas pelaku. Hukuman berat wajib dikenakan agar ia menjadi pengajaran (ibrah) yang tegas kepada semua pihak, khususnya generasi belia, bahawa perbuatan sebegini tidak akan dimaafkan dalam apa jua keadaan.
SERUAN TINDAKAN: TANDATANGANI PETISYEN INI
Insiden ini adalah amaran keras tentang barah kebencian agama yang sedang menular dalam kalangan generasi muda. Pihak kementerian dan universiti wajib bertindak proaktif dengan mengukuhkan pendidikan kesedaran dan toleransi beragama, agar mahasiswa faham erti sebenar menghargai kepelbagaian di Malaysia.
Kepada seluruh rakan mahasiswa, belia, dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan:
Suara kita perlu disatukan. Kami menyeru anda untuk menandatangani petisyen ini bagi mendesak pihak berwajib mengambil tindakan segera dan keras terhadap si pelaku, serta memastikan insiden hitam ini tidak berulang. Serta tanda sokongan seluruh Mahasiswa dan Belia di Malaysia.
Mari kita buktikan bahawa belia dan mahasiswa Malaysia adalah golongan terpelajar yang menolak ekstremisme dan kebencian agama melampau!
Kenyataan Bersama dikeluarkan oleh:
Pengerusi Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Shah Alam
Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) UITM Shah Alam

31

Petition created on 1 March 2026