Malaysia Perlu Akses Segera kepada Sofosbuvir Yang Berharga Berpatutan

The Issue

TINDAKAN GLOBAL TERHADAP  UBAT KEPUNYAAN GILEAD SOFOSBUVIR YANG TERLAMPAU MAHAL

Pesakit Hepatitis C di Malaysia Perlu Akses Segera kepada Sofosbuvir Yang Berharga Berpatutan

Hepatitis C, penyakit yang membawa maut tetapi boleh diubati, adalah satu kebimbangan kesihatan global. 700,000 orang di seluruh dunia mati setiap tahun akibat Hepatitis C. Di peringkat global 150 juta orang mempunyai jangkitan kronik. Di Malaysia, dianggarkan bahawa sekurang-kurangnya 453 000 orang dijangkiti virus hepatitis C (HCV). Ini adalah anggaran yang rendah kerana ramai orang tidak sedar mereka dijangkiti.

Rawatan standard untuk HCV adalah rawatan konvensional  Interferon Alfa (IFN) / pegylated Interferon Alfa (PEG- IFN) dengan ribavirin tetapi regimen ini mempunyai kesan sampingan yang teruk dan tidak boleh ditanggung untuk ramai pesakit. Pelancaran baru-baru ini anti-viral (DAAs) yang berkesan langsung selepas ditelan telah merevolusikan rawatan HCV dengan profil keberkesanan yang baik, tempoh rawatan yang lebih pendek dengan kesan sampingan yang terhad.

Sofosbuvir (SOF), khususnya, yang  digunakan dalam kombinasi dengan ubat-ubatan lain (contohnya dengan ribavirin atau lebih baik dengan Daclatasvir) mempunyai prestasi yang baik dalam rawatan penyakit HCV terutamanya terhadap Genotip 1 dan 3 yang paling biasa di Malaysia. SOF dan Daclatasvir juga dalam Senarai Ubat Perlu Pertubuhan Kesihatan Dunia. Walau bagaimana pun, SOF adalah sangat mahal. Rawatan 3 bulan  berharga sebanyak AS $ 84,000 (US $ 1,000 setiap tablet). Di Malaysia seorang pesakit telah membayar sebanyak RM 387,000 (lebih kurang USD 86.770) untuk kursus 24 minggu.

Gilead telah memfailkan banyak permohonan paten berkaitan dengan SOF di banyak negara, yang menghalang ramai orang yang menghadapi HCV daripada mendapati akses kepada ubat-ubatan yang lebih murah, kerana tidak ada pengeluar generik lain yang boleh menjual ubat-ubatan mereka di negara-negara tersebut. Terdapat permohonan-permohonan Gilead yang telah dicabar di beberapa negara (seperti di India dan di Eropah). Sesetengah permohonan juga telah ditolak (contohnya di Mesir, India dan China) kerana pejabat paten negara-negara tersebut tidak menganggap SOF sebagai  ciptaan inovatif atau sebenarnya novel.

Malangnya, Malaysia telah memberikan beberapa paten pada SOF. Ini bermakna kecuali kerajaan Malaysia mengambil langkah-langkah konkrit untuk menangani halangan paten, pesakit di Malaysia akan dinafikan akses kepada versi generic SOF yang lebih murah.

Kami segera meminta:

1.              Kementerian Kesihatan mengambil langkah segera untuk menangani halangan harta intelek termasuk dengan cara menggunakan kelonggaran seperti lesen wajib supaya regimen rawatan berasaskan Sofosbuvir boleh diperolehi di Malaysia pada harga yang berpatutan. Pada masa ini SOF generik boleh diperolehi daripada pelbagai pengeluar generik India untuk harga kurang daripada AS $ 300 untuk satu botol 28 pil.

2.         Pejabat Harta Intelek Malaysia (MyIPO) perlu menggunakan piawaian yang lebih ketat dalam pemeriksaan permohonan paten untuk mengelakkan paten remeh yang menggalakkan paten "evergreening". MyIPO perlu sedar bahawa keputusan sama ada untuk memberikan paten atau tidak mempunyai kesan yang besar kepada kehidupan orang ramai. Ia tidak boleh diterima langsung  bahawa MyIPO telah membenarkan permohonan paten yang telah ditolak oleh negara-negara lain.

3.         Pihak berkuasa Malaysia perlu memperkenalkan sistem mencabar pra dan selepas kelulusan sesuatu paten dalam Akta Paten Malaysia untuk membolehkan pemeriksaan permohonan paten yang lebih ketat.

This petition had 37 supporters

Petition updates

Share this petition

Petition created on 5 October 2015